Terdapat 449 berita berdasarkan kata kunci carian "meningkat"

Malaysia Catat RM350.4 Bilion Pelaburan Diluluskan Pada Sembilan Bulan Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM350.4 bilion merentasi sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor utama dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 20.7 peratus berbanding RM290.3 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.

MBSB Bank, WIH Malaysia Meterai Perjanjian Pembiayaan RM1 Bilion Bagi Loji Simen Gua Musang

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- MBSB Bank Bhd dan WIH Malaysia Building Materials Sdn Bhd (WIH Malaysia) memeterai perjanjian pembiayaan berjumlah RM1.0 bilion bagi membangunkan loji pembuatan simen dan batu kapur bersepadu di Gua Musang, Kelantan.

Kesiapsiagaan Grid Elektrik Penting Untuk Tampung Peningkatan Permintaan Pusat Data AI - TNB

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang memperkukuh rangkaian pengagihan elektrik dan mempercepat perancangan pembangunan infrastruktur bagi menampung peningkatan permintaan tenaga elektrik susulan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri pusat data, di samping memastikan bekalan kepada pengguna sedia ada kekal stabil dan terjamin.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, dipengaruhi oleh tekanan jualan dalam saham teknologi susulan perkembangan berkaitan Nvidia serta syarat pelesenan yang lebih ketat oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) termaju.

APEC Gariskan Empat Keutamaan Bagi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Serantau

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memperkukuh tindakan dasar yang diselaraskan bagi mendepani pelbagai tekanan ekonomi, termasuk kenaikan harga tenaga, perpecahan geopolitik dan keadaan kewangan yang mencabar.

Shell Mulakan Pengeluaran Gas Pertama Daripada Medan Gas Rosmari-Marjoram

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Sarawak Shell Bhd (SSB), anak syarikat Shell plc (Shell) telah mengeluarkan gas pertamanya daripada medan gas Rosmari dan Marjoram yang terletak 220 kilometer dari pesisir pantai Sarawak.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Berwaspada Menjelang Pengumuman KDNK, Kebimbangan Mengenai Nvidia

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dalam sentimen pasaran yang suram berikutan kebimbangan mengenai Nvidia Corporation dan langkah berhati-hati menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) esok yang menyebabkan pedagang tidak memasuki pasaran.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Menjelang Pengumuman Data KDNK Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS menjelang pengumuman data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2026 yang dijadualkan esok.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, susulan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Pulau Pinang Perkukuh Infrastruktur Sokongan Industri Melalui CLQ Bernilai RM116 Juta

BATU KAWAN, 16 Nov (Bernama) – Pulau Pinang terus memperkukuh infrastruktur sokongan industri menerusi pembangunan projek penginapan pekerja berpusat (CLQ) Cassia Gardens by PDC bernilai RM116 juta yang mampu menempatkan sehingga 6,750 pekerja di Bandar Cassia, di sini.

Pos Malaysia Catat Kerugian Lebih Besar Kepada RM62.25 Juta, Tetapi Hasil Meningkat 8.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih yang meningkat kepada RM62.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada defisit RM45.23 juta pada suku yang sama setahun sebelumnya.

Shenzhen Jadi Tumpuan Utama Pemimpin APEC, Bincang Masa Depan Ekonomi Asia-Pasifik

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Bandar Shenzhen di selatan China bakal menjadi tumpuan diplomasi ekonomi serantau apabila para pemimpin daripada 21 ekonomi anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) berhimpun di sini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 untuk merangka hala tuju ke arah perdagangan, inovasi, dan kerjasama serantau yang lebih kukuh.