Terdapat 74 berita berdasarkan kata kunci carian "minyak"

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Kelemahan Getah Serantau, Pengukuhan Ringgit

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam pasaran hadapan getah serantau dan tertekan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar US, kata seorang peniaga. 

IOI Corp Yakin Harungi Cabaran Besar Dalam Pematuhan EUDR, Sasar Premium Jualan Ke Eropah

PUTRAJAYA, 4 Nov (Bernama) --  Pematuhan terhadap Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) dijangka tidak menimbulkan cabaran besar kepada IOI Corporation Bhd memandangkan syarikat itu mempunyai pengalaman luas dalam membekalkan produk minyak sawit yang diperakui. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh inventori minyak sawit Malaysia yang telah mencatat rekod tertinggi pada Oktober, meningkatkan kebimbangan terhadap lambakan bekalan yang berterusan walaupun permintaan eksport lebih kukuh.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah berbanding Dolar AS Susulan Penarikan Balik Pelaburan Dalam AI

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian bagi saham-saham wajaran tinggi perbankan terpilih walaupun pasaran secara meluas suram susulan jualan saham teknologi.

Seruan Boikot Produk Minyak Sawit Bukan Penyelesaian Isu Jerebu – MPOB

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Seruan memboikot produk berasaskan minyak sawit berikutan isu jerebu rentas sempadan bukan pendekatan yang tepat atau berkesan untuk menangani pencemaran udara, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Kerajaan Kurangkan Kerugian Projek Paip Minyak Dan Gas Kepada RM3 Bilion, Salur RM5 Bilion Untuk Bekalan Air – Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kerajaan berjaya mengurangkan kerugian negara susulan penamatan projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) kepada RM3 bilion menerusi penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai projek bekalan air di utara Perak dan Pulau Pinang.

Bursa Malaysia Catat Dagangan Tidak Menentu Pada Awal Pembukaan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Didorong Harapan Kemajuan Rundingan AS-Iran

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa didorong oleh tanda-tanda kemajuan dalam rundingan diplomatik antara Washington dan Tehran.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh kejatuhan dalam harga minyak mentah dan kebimbangan terhadap lambakan inventori Malaysia.

Dialog Kembangkan Kapasiti Penyimpanan Tanjung Langsat Sebanyak 100,000 Meter Padu

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Dialog Group Bhd sedang menjalankan fasa pengembangan baharu di terminal Tanjung Langsatnya di Johor dengan tambahan kapasiti penyimpanan 100,000 meter padu untuk produk petroleum.