4hari ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Iskandar Malaysia merekodkan pelaburan terkumpul berjumlah RM525.26 bilion sejak penubuhannya 20 tahun lepas dan kini memberi tumpuan kepada pelaburan bernilai tinggi serta pengukuhan ekosistem ekonomi serantau.
4hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia memerlukan tambahan kapasiti terpasang tenaga boleh baharu (TBB) sebanyak 1,500 hingga 2,000 megawatt (MW) bagi mencapai sasaran kapasiti terpasang TBB sebanyak 35 peratus menjelang 2030, menurut Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd melancarkan Kad Kredit-i Awwal yang menawarkan akses kepada pembiayaan secara lebih telus, mampu milik dan berhemat yang berlandaskan prinsip Syariah.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menerajui peralihan ke arah penggunaan kewangan Islam yang lebih meluas untuk memacu pelaburan rentas sempadan, disokong oleh hubungan yang kukuh dengan pasaran sedang pesat membangun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5hari ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan merancang menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Infrastruktur Digital (Pusat Data) untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri tahun depan bagi mengawal selia pertumbuhan industri pusat data supaya selari dengan kapasiti bekalan tenaga dan air negara.
5hari ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Usaha reformasi ekonomi yang dilaksanakan kerajaan sejak empat tahun lepas telah membantu melonjakkan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan industri pusat data perlu dirancang secara strategik bagi menarik pelaburan berkualiti, memperkukuh ekonomi digital serta memastikan kelestarian tenaga, penggunaan air dan alam sekitar terus terpelihara.
5hari ago
PUTRAJAYA, 19 Okt (Bernama) -- Kerajaan terus menanggung obligasi hutang yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu termasuk liabiliti berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), di samping berusaha mengurangkan kebergantungan pada pinjaman baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 17 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri bernilai tinggi dengan menarik pelaburan berkualiti, mendalami rantaian bekalan tempatan dan membangunkan bakat mahir, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berpotensi memperoleh kelebihan daya saing sekiranya berjaya membangunkan kumpulan tenaga kerja yang mahir dalam kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber, menurut Kaspersky.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- RHB Bank Bhd mengekalkan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2027 untuk Malaysia pada 4.9 peratus, berikutan pembentangan Belanjawan 2027.
9hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM750 juta Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) di bawah Belanjawan 2027 mewakili pelaburan komersial yang dirancang untuk Projek Vista Kampus merentasi enam universiti terpilih, dengan tujuan menjana pulangan jangka panjang yang mampan kepada dana persaraan itu.