Terdapat 748 berita berdasarkan kata kunci carian "rendah"

OCBC Jangka Defisit Fiskal Malaysia Pada 3.6 Peratus Daripada KDNK Pada 2026, 2027

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Oversea-Chinese Banking Corporation Ltd (OCBC Bank) menjangkakan sedikit kelonggaran fiskal sebanyak 0.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Malaysia pada 2026, dengan unjuran defisit fiskal negara itu berada pada paras 3.6 peratus KDNK berbanding sasaran belanjawan sebanyak 3.5 peratus.

Indeks Pelopor Malaysia Meningkat 1.1 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan berikutan penurunan baru-baru ini walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak meningkat.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya rendah pada Jumaat.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Tamatkan Penurunan Lima Hari Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan lima hari berturut-turut untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Khamis.

Belanjawan 2027 Dijangka Lonjak Penggunaan, Beri Pertumbuhan Meluas

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 yang akan datang berkemungkinan akan mengutamakan langkah untuk meningkatkan penggunaan isi rumah dan melindungi ekonomi daripada kejutan luaran dalam keadaan permintaan dalam negeri yang lemah pada separuh pertama tahun ini, kata seorang pakar ekonomi. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Berikutan Dolar AS Yang Lebih Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) terus memberi tekanan kepada logam berharga itu.

Kenaikan Harga Minyak, Hasil Bon Dorong Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih rendah, diasak tekanan jualan sederhana yang berselang-seli dengan aktiviti pembelian ketika lonjakan harga minyak dan hasil bon global menjejaskan sentimen pelabur, kata penganalisis.

Sabah Tidak Tergesa-gesa Laksanakan Projek Pasaran Karbon - Ketua Menteri

KOTA KINABALU, 24 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah tidak akan membenarkan projek pasaran karbon yang tidak disemak dengan teliti untuk dipasarkan secara tergesa-gesa atau didagangkan berdasarkan spekulasi, walaupun terdapat peluang yang besar dalam sektor itu.

Malaysia Tetapkan Langkah Perlindungan Eksport Karbon Demi Melindungi Komitmen NDC

KOTA KINABALU, 24 Sept  (Bernama) -- Malaysia akan menguruskan eksport aset karbonnya secara bertanggungjawab dengan mewujudkan senarai putih kelayakan dan menetapkan had jualan yang dinamik, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

Indeks Utama Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula untuk mengakhiri sesi dagangan pagi, disokong oleh minat membeli pada kaunter wajaran berat terpilih dan diterajui oleh kaunter pengangkutan dan logistik, produk perindustrian serta penjagaan kesihatan.

MBSB IB Kekalkan Sasaran Harga MSM Pada RM4,400 Bagi 2026 Di Sebalik Ancaman El Nino

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran harga purata minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan bagi 2026, disokong oleh kebimbangan mengenai bekalan yang semakin terhad susulan peningkatan mendadak titik panas di seluruh rantau ini.