BERITA TERKINI   Liga Super: KL City FC 0-1 Penang FC | 

Terdapat 326 berita berdasarkan kata kunci carian "lkan"

MyEG Dikenakan Taksiran Cukai Pendapatan Tambahan RM353.13 Juta, Saman Sivil

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Zetrix AI Bhd, My EG Sdn Bhd, dikenakan taksiran cukai pendapatan tambahan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah RM353.13 juta pada Rabu.

Tencent Cloud Optimal Kos Pengkomputeran, Perluas Tawaran Tempatan Untuk Penggunaan AI

Daripada Harizah Hanim Mohamed

SHENZHEN, 29 Okt (Bernama) -- Tencent Cloud International sedang mengoptimumkan seni bina perkakasan dan perisiannya untuk menyediakan inferens pengkomputeran dan kecerdasan buatan (AI) yang berkos efektif berikutan lonjakan permintaan ke atas pengkomputeran serta penstoran, sambil menawarkan produk yang sesuai dengan pasaran tempatan bagi mempercepatkan penggunaan AI.

Ringgit Teruskan Aliran Meningkat Berbanding Dolar, Disokong Langkah Fed Kekalkan Kadar Faedah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar AS pada Khamis susulan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) untuk mengekalkan kadar faedahnya pada paras 3.75 peratus hingga 4.00 peratus, kata seorang penganalisis.

Pembiayaan Jalan Luar Bandar Diutamakan, Peruntukan 2026 Naik Kepada RM3.1 Bilion - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) – Kerajaan mengutamakan pembiayaan projek Program Jalan Luar Bandar (JALB) dengan peruntukan dinaikkan kepada RM3.1 bilion bagi 2026 berbanding peruntukan asal RM2.11 bilion, demikian menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.

Parkland Terima Kelulusan SC Disenarai Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Kerajaan Kekalkan SST, Belum Pertimbang GST Untuk Elak Bebankan Rakyat - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Projek Solar Terapung Chereh RM850 Juta Bakal Wujudkan 1,500 Peluang Pekerjaan

KUANTAN, 29 Okt (Bernama) -- Projek solar fotovolta (PV) terapung bernilai RM850 juta di Empangan Chereh dijangka mewujudkan kira-kira 1,500 peluang pekerjaan serta menjana tenaga elektrik bersih yang bersamaan dengan penggunaan tahunan 100,000 isi rumah.

41,334 Pekebun Kecil Sertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Dianggarkan seramai 41,334 pekebun kecil sawit melibatkan kawasan seluas 105,172.67 hektar dikenal pasti menyertai Skim Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Big Caring Sasar Raih RM637.8 Juta Daripada IPO Di Pasaran Utama

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Rangkaian farmasi runcit Big Caring Group Bhd (BCG) menyasarkan untuk mengumpul RM637.8 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Estek Labur RM20 Juta Perluas Keupayaan Pembuatan Semikonduktor Di Batu Kawan

BATU KAWAN, 29 Okt (Bernama) -- Estek Automation Sdn Bhd melabur RM20 juta dalam kemudahan pembuatan baharu seluas 50,000 kaki persegi di Batu Kawan, Pulau Pinang, bagi memperluas keupayaan dalam pembuatan peralatan semikonduktor, penyelesaian berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan kontrak.

SST, Kos Logistik Dan Pengangkutan Faktor Utama Perbezaan Harga Belian TBS Sabah, Semenanjung

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengenaan Cukai Jualan Negeri (SST) serta kos logistik dan pengangkutan menjadi dua faktor utama perbezaan harga belian tandan buah segar (TBS) antara Sabah dan Semenanjung, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Huang Tiong Sii.