1bulan ago
Oleh Rhoma Ahmad Razali
JITRA, 3 Ogos (Bernama) -- Pengeluar rempah tempatan, Maker Recipe Sdn Bhd akan melabur kira-kira RM1.7 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang sebagai persediaan untuk jenama rempah tradisional Cap O menembusi pasaran antarabangsa.
1bulan ago
TAWAU, 2 Ogos (Bernama) -- Pelabuhan Tawau memperoleh dua kren dermaga (quay crane) baharu bernilai RM70 juta bagi mempertingkat kapasiti pengendalian kargo serta mengukuhkan kedudukannya sebagai pintu masuk maritim utama di Pantai Timur Sabah.
1bulan ago
Oleh Nur Faradilla Mohamad
MERSING, 1 Ogos (Bernama) -- Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) menyasarkan pengeluaran susu segar sebanyak 5.5 juta liter menjelang akhir tahun ini, didorong peningkatan bilangan lembu perahan serta kesiapsiagaan kemudahan pemprosesan yang dijangka beroperasi mengikut jadual.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) menyeru agar kerajaan mempercepat pelaksanaan projek-projek pembinaan yang telah dirancang bagi 2026 untuk memastikan kelangsungan operasi kontraktor tempatan serta merancakkan semula sektor pembinaan negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- MISC Bhd memperoleh kontrak daripada Malaysia LNG Sdn Bhd (MLNG) iaitu pengendali Kompleks Gas Asli Cecair (LNG) Petronas di Bintulu, Sarawak bagi sewaan jangka panjang sebuah kapal pengangkut LNG (LNGC) baharu berkapasiti 18,700 meter padu (cbm).
1bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia Airlines enggan mengulas mengenai penahanan seorang juruterbangnya oleh pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terlibat dalam kes berkaitan dadah, namun menegaskan syarikat penerbangan itu memandang serius dakwaan sedemikian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Harga gas asli cecair (LNG) di Asia dijangka terus menurun untuk berapa bulan akan datang tahun ini jika rundingan damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kemajuan positif, menurut Rystad Energy.
1bulan ago
SEPANG, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara susulan permintaan perjalanan yang kukuh di antara Malaysia dengan Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Komersialnya Vincent Coste.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- ITMAX System Bhd memperoleh kontrak bernilai RM120 juta daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pembekalan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem lampu jalan pintar di seluruh ibu kota.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat berikutan kenaikan di Wall Street, didorong oleh pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan lonjakan dalam saham cip, diimbangi oleh kebimbangan geopolitik yang berpanjangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- MMIS Bhd bercadang untuk memindahkan penyenaraiannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia menerusi langkah yang akan melibatkan tawaran keluar secara tunai daripada lima pemegang sahamnya (pembuat tawaran bersama).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Perdana Petroleum Bhd, Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB) memperoleh kontrak untuk menyewa satu unit kapal kerja penginapan (AWB) daripada Keyfield Serenity Sdn Bhd