1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Fenomena El Nino luar biasa yang dijangka berlaku penghujung tahun ini boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi di Malaysia, Indonesia dan Thailand dari akhir 2026 hingga suku ketiga (S3) 2027.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Mulpha International Bhd (Mulpha International) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM170.80 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 TK2026), berbanding RM270.85 juta dalam suku yang sama pada tahun kewangan sebelumnya.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis susulan sentimen berhati-hati menjelang simposium Jackson Hole Rizab Persekutuan AS (Fed).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pengubah suai kediaman moden, The Makeover Guys, bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperkenalkan Makeover Flexi Loan, penyelesaian pembiayaan bersepadu yang membolehkan pelanggan yang layak membiayai pembelian dan pengubahsuaian rumah menerusi satu kemudahan.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis apabila pelabur mengambil untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat Petronas Dagangan Bhd, Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) telah melaksanakan langkah-langkah pemulihan yang diperlukan untuk menangani jurang yang dikenal pasti dalam dapatan kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pertumbuhan tuntutan perubatan pada kadar dua digit dijangka berterusan dalam tempoh terdekat susulan inflasi tuntutan perubatan meningkat 12.28 peratus pada 2025, didorong terutamanya peningkatan bilangan individu yang dilindungi insurans mendapatkan rawatan di hospital swasta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Capital Bhd (HLCB) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 melonjak 12 peratus dari tahun ke tahun kepada RM65.56 juta berbanding RM58.43 juta yang disaksikan pada tahun kewangan sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 meningkat 2.4 peratus kepada RM2.69 bilion daripada RM2.62 bilion pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini, dengan kaunter utiliti, telekomunikasi dan media, serta produk dan perkhidmatan perindustrian terus memberikan sokongan kepada bursa tempatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd menyelesaikan ujian rintis penyelesaian sukuk bertoken menggunakan deposit bertoken, melibatkan sukuk bertoken bernilai RM1.38 bilion yang dilanggan oleh 12 pelabur institusi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keyfield International Bhd membeli Inai Kenanga, sebuah kapal korek sedutan berkapasiti mega dengan bayaran tunai US$24.7 juta (US$1=RM4.02).