1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak banyak berubah pada Jumaat, apabila pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah tekanan baharu terhadap hasil bon global dan ketegangan geopolitik, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Enam akaun bank yang dimiliki anak syarikat milik penuh Khee San Bhd, iaitu Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI) dibekukan susulan siasatan yang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan cip buatan tempatan hasil kerjasama dengan Arm Limited memasuki peringkat pengeluaran dan digunakan dalam rantaian bekalan semikonduktor negara menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat tempatan, Oppstar Technology Sdn Bhd dan Alphaswift Industries Sdn Bhd, menerima akses kepada teknologi Arm Compute Subsystem (CSS) dan program Arm Flexible Access (AFA) bagi mempercepat pembangunan reka bentuk litar bersepadu, penyelidikan dan pembangunan teknologi semikonduktor di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga saham YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat 1.64 peratus pada dagangan awal Jumaat, meskipun syarikat itu melaporkan keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 21 Ogos (Bernama) -- Johor berjaya menarik potensi pelaburan bernilai lebih RM5 bilion hasil siri pertemuan dengan pelabur sepanjang lawatan kerja tiga hari ke Singapura yang berakhir hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi susut berbanding dolar Ameria Syarikat (AS) pada Jumaat kerana pelabur mengambil sikap berhati-hati dalam persekitaran ketegangan yang semakin memuncak antara AS dan Iran, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih YTL Power International Bhd menyusut kepada RM1.68 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM2.54 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malayan Cement Bhd meraih keuntungan bersih lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 yang mencecah RM903.17 juta daripada RM672.38 juta sebelum ini, disumbangkan terutamanya oleh pengurusan kos lebih ketara serta peningkatan kecekapan operasi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.