14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan harga di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat (AS).
14hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh keyakinan pasaran dan aktiviti belian yang berterusan susulan pengumuman Belanjawan 2027 yang menyediakan pemangkin baharu kepada pasaran.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama)-- Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM60 juta kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada tahun hadapan bagi membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagai pasaran luar.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang menggabung kekuatan Malaysia dan Singapura merekodkan pelaburan sejumlah RM132 bilion dari 2025 hingga Jun 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi hari ini, dengan SMR 20 meningkat 9.5 sen untuk mencecah 1,061 sen sekilogram, paras tertinggi sejak 9 Mei 2012, kata seorang peniaga.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) menyediakan pelaburan berjumlah RM450 juta bagi menyokong pembangunan syarikat pemula niaga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14hari ago
LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Seksyen Sabah menggesa supaya sektor logistik dimasukkan secara jelas dalam cadangan Pelan Induk Pengangkutan Mampan Sabah.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang sebagai usaha untuk memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan melanjutkan dan menambah baik galakan cukai bagi sektor teknologi hijau sehingga 31 Dis, 2030 bagi menggalakkan lebih banyak syarikat melabur dalam teknologi hijau dan lestari, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersetuju menyediakan geran padanan sehingga RM5,000 kepada syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mendapatkan sijil halal bagi kali pertama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nilai perolehan kerajaan dikhususkan untuk kontraktor Bumiputera G1-G4 ditingkatkan kepada RM7.5 bilion pada 2027, berbanding RM4 bilion tahun ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Perdagangan luar Malaysia kekal berdaya tahan pada separuh pertama 2026, dengan jumlah perdagangan meningkat 22.4 peratus kepada RM1.795 trilion, tetapi negara perlu memperkukuh rantaian bekalan dan mempelbagaikan pasaran eksport serta sumber import.