27hari ago
PETALING JAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Syarikat konsesi tol untuk West Coast Expressway (WCE), WCE Holdings Bhd menjangka akan mencapai aliran tunai dan pulangan modal yang positif menjelang tahun kewangan 2030.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) setakat ini telah menyalurkan sejumlah RM15 bilion daripada komitmen pelaburan domestik RM25 bilion menerusi inisiatif Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP) diterajui Kementerian Kewangan.
27hari ago
ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah serta Dewan Perniagaan dan Industri Trang, Thailand melaksanakan program padanan dan rangkaian perniagaan (B2B) bagi memperkukuh ekonomi rentas sempadan khususnya dalam sektor pelancongan dan industri halal.
27hari ago
Oleh Karina Imran dan Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) berharap lebih banyak syarikat pemula niaga akan bertindak mengembangkan usaha masing-masing dan memanfaatkan peluang perniagaan di bawah program Dana Impak.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (Petronas Dagangan) meningkat kepada RM387.21 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM265.53 juta pada suku yang sama tahun lepas.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Eastern & Oriental Bhd (E&O) meningkat kepada RM58.11 juta bagi suku pertama berakhir 30 Jun 2026 daripada RM45.41 juta pada suku pertama tahun kewangan 2026.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah menaikkan sasaran jualan bagi Pameran Halal Antarabangsa Malaysia ke-22 (MIHAS 2026) kepada RM5 bilion daripada RM4.5 bilion, berikutan sambutan menggalakkan daripada pembeli antarabangsa.
27hari ago
BATU KAWAN, 24 Ogos (Bernama) -- McDonald’s Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga boleh baharu dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui pemasangan solar atas bumbung, penyumberan elektrik boleh baharu dan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV) sebagai sebahagian usaha untuk meningkatkan kemampanan di seluruh rangkaian restorannya.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- NexG Bhd dan anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas keputusan tidak mengambil alih DTSB.
28hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Pasaran tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kini memasuki fasa baharu bagi memperkukuh pendedahan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
29hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) – OSK Property Holdings Bhd bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperluas Pinjaman Perumahan dan Pengubahsuaian oleh RHB kepada pembeli yang layak untuk hartanah bertanah dalam pembinaan terpilih yang dibangunkan oleh OSK Property.
29hari ago
AMPANG, 22 Ogos (Bernama) -- Industri perkayuan Malaysia perlu beralih daripada pengeluaran berasaskan jumlah kepada penghasilan produk bernilai tinggi bagi meningkatkan daya saing serta membina jenama Malaysia yang mempunyai identiti tersendiri, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.