BERITA TERKINI   Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan tangani permasalahan rakyat khususnya golongan M40 - TPM Ahmad Zahid | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bilion pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | Belanjawan 2027: Daripada RM50.2 bilion, RM25.0 bil pelaburan GLIC, RM11 bilion pelaburan awam-swasta dan RM14.2 bilion pelaburan Badan Berkanun dan Syarikat MKD -- PM Anwar | 

Terdapat 320 berita berdasarkan kata kunci carian " pelaburan "

Malaysia Catat RM218.5 Bilion Pelaburan Diluluskan Pada Separuh Pertama 2026 – MIDA

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Malaysia mencatat RM218.5 bilion pelaburan diluluskan pada separuh pertama 2026, meningkat 11.7 peratus berbanding RM195.5 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Status BioNexus Yang Dipertingkatkan Perkukuh Ekosistem Bioteknologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Rangka kerja Status BioNexus yang dipertingkatkan mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai platform kepada syarikat bioteknologi yang sedang berkembang dengan meluaskan sokongan dan bertindak balas terhadap keperluan industri yang semakin berkembang.

TNB Mulakan Pembangunan National Grid Backbone 500kV, Perkukuh Keterjaminan Dan Peralihan Tenaga Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam komitmennya untuk membangunkan infrastruktur tenaga yang bersedia masa hadapan, menerusi permulaan pembangunan talian penghantaran National Grid Backbone 500kV yang baharu.

AIREI Lancar Kilang Minyak Sawit Pintar Berasaskan AI Kedua

IPOH, 28 Ogos (Bernama) -- Syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) AIREI Sdn Bhd melancarkan kilang minyak sawit pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) kedua, kali ini dengan kapasiti lebih besar iaitu 60 tan sejam berbanding 45 tan sejam untuk kilang pertamanya.

Transformasi AI Malaysia Wajar Utamakan Pendidikan, Penjagaan Kesihatan

GUIYANG, China, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha Malaysia mempergiat penerapan kecerdasan buatan (AI) perlu berteraskan pemerkasaan manusia dan pemeliharaan maruah insan, khususnya dalam sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan, kata Senator Datuk Seri Prof Dr Noor Inayah Yaakub.

Usaha Sama LSH Infra-Pertama Makmur Raih Projek Lebuhraya Bertingkat BSE

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha sama LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd Joint Venture telah dianugerahkan cadangan pembangunan Projek Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) bagi mengukuhkan aspek kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Greater Kuala Lumpur.

ASM 2 Wawasan Catat Agihan Pendapatan RM1.31 Bilion, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.

PIP Capai 100,000 TEU Dalam Tempoh Empat Bulan Setengah Beroperasi Penuh

PADANG BESAR, 28 Ogos (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin - Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) mencatatkan pencapaian pengendalian 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) dalam tempoh empat bulan setengah sejak beroperasi sepenuhnya pada April lepas.