24hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka bergerak dalam fasa konsolidasi minggu depan dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diunjur diniagakan dalam jajaran 1,600 hingga 1,630 dengan kecenderungan positif secara sederhana.
24hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika peniaga menumpukan pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 5 November ini.
25hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).
25hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh minat belian terhadap saham mewah terpilih khususnya kaunter perkhidmatan kewangan, di tengah-tengah sentimen serantau yang bercampur-campur.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) membantu memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia dan Palestin selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengiktiraf Palestine Standards Institution (PSI) sebagai badan pensijilan halal asing di Palestin.
25hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, ditekan oleh sentimen lemah dalam pasaran niaga hadapan getah serantau serta pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
25hari ago
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion yang meliputi RM1.042 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM280.17 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Public Mutual Bhd mengumumkan agihan berjumlah lebih RM89 juta bagi empat dananya setakat 31 Okt, 2026.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, dan Export-Import Bank of China (CEXIM) hari ini memeterai perjanjian penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC.