BERITA TERKINI   Pembangunan negara perlu ambil kira lokasi tumpuan rakyat, kebersihan premis makanan - PM Anwar | Perbezaan parti tidak boleh sekat persahabatan, kerjasama untuk manfaat rakyat - PM Anwar | Unit tidak langsung MRCB, Subang Sentral Sdn Bhd akan menjual tanah seluas 14.83 hektar di Cyberjaya kepada unit Digital Cosmos (S) Pte Ltd, Digital Cosmos dengan harga RM419.05 juta | Sebanyak RM1.29 juta disalurkan bagi penyelenggaraan Institusi Pendidikan Islam Melaka tahun ini - PM Anwar | Kerajaan MADANI terus imbangi keperluan semua kaum dan aliran pendidikan tanpa meminggirkan mana-mana pihak - PM Anwar | 

Terdapat 36 berita berdasarkan kata kunci carian " akmal nasrullah"

JS-SEZ Bakal Raih Manfaat Daripada Kolaborasi Dengan Itali, Rakan Eropah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kolaborasi dengan Itali dan rakan kongsi Eropah yang lain akan memainkan peranan penting dalam menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kerajaan Pastikan Penurunan Harga Minyak Dunia Diterjemah Kepada Harga Barangan Lebih Rendah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan terus memantau penurunan harga minyak dunia dan memastikan aliran penurunan itu diterjemahkan kepada harga barangan yang lebih rendah untuk pengguna, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MTEN Laksana 120 Keputusan Tangani Impak Krisis Bekalan Global – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Sebanyak 120 keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah dan sedang dilaksanakan bagi menangani impak krisis bekalan global, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasrullah Mohd Nasir.

Lebih RM4 Bilion Dana Bantuan PKS Masih Tersedia Di Bawah SME SRF - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Lebih RM4 bilion daripada peruntukan RM5 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Kestabilan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bank Negara Malaysia (BNM) (SME SRF) masih tersedia bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menguruskan aliran tunai serta mengurangkan gangguan operasi.

Petronas Pacu Momentum Baharu Hubungan Malaysia–Turkmenistan Melalui Kerjasama Strategik Tenaga

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Peranan yang semakin berkembang Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan kini muncul sebagai pemangkin utama kepada momentum baharu hubungan dua hala Malaysia–Turkmenistan, diperkukuh oleh lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah itu baru-baru ini.

Malaysia Akan Terus Perkukuh Kerjasama Dalam Sektor Tenaga Dengan Rakan Strategik

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga dengan rakan strategik seperti Rusia dan Turkmenistan dan memastikan syarikat Malaysia kekal mematuhi obligasi antarabangsa dan menyedari risiko berkaitan sekatan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Malaysia Mampu Tampung Kesan Gangguan Perdagangan Di Selat Hormuz - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia masih mampu menampung kesan gangguan perdagangan di Selat Hormuz melalui penyesuaian rantaian bekalan, penyerapan kos oleh firma serta langkah dasar kerajaan yang membantu mengehadkan pemindahan kos kepada harga domestik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Peroleh Telaga Gas Antara Terbesar Dunia Kejayaan Luar Biasa Petronas - PM Anwar

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia susulan perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan di Turkmenistan sebagai luar biasa.

Lawatan Rasmi PM Anwar: Malaysia, Turkmenistan Dijangka Bertukar Dokumen Penting termasuk O&G

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 18 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Turkmenistan dijangka bertukar dokumen penting termasuk dalam minyak dan gas yang menjadi sebahagian daripada agenda bersempena dengan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara ini bermula Khamis.

Lawatan Ke Turkmenistan, Malaysia Tinjau Potensi Besar Kerjasama Pelbagai Sektor

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 18 Jun (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan amat signifikan kerana bukan sahaja untuk meningkatkan peluang kerjasama sektor minyak dan gas malah juga dalam pelbagai industri dan sektor lain seperti pengangkutan, logistik dan pertanian antara kedua-dua negara.

Elsa Sasar Tingkatkan Pertumbuhan Dalam Segmen Teknologi Digital, Robotik, Kejuruteraan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) bersepadu, Elsa Bhd yang mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan dalam segmen teknologi digital, robotik dan kejuruteraan.

Pemindahan TERAJU Ke JPM Perluas Peluang Realisasikan Agenda PuTERA35 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemindahan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ke bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuka peluang luas bagi agensi tersebut merealisasikan agenda Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.