17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia berpotensi melepasi sasaran pengeluaran minyak sawit bagi tahun 2026 susulan pengeluaran yang berada pada landasan yang baik, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
17hari ago
GEORGE TOWN, 6 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mahu syarikat multinasional (MNC) dalam industri peranti perubatan Malaysia mempergiat usaha penyetempatan dengan memindahkan teknologi, kepakaran dan keupayaan mereka kepada syarikat tempatan.
18hari ago
GEORGE TOWN, 6 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang memperoleh pelaburan diluluskan sebanyak RM2.3 bilion dalam sektor teknologi perubatan dari 2021 hingga suku pertama 2026, melibatkan 40 projek dan mewujudkan hampir 4,500 peluang pekerjaan, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) melantik Hanisofian Alias sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Okt, 2026, selepas beliau berkhidmat sebagai CEO interim sejak Januari tahun ini.
21hari ago
LABUAN, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan (SME Labuan) menggesa agar pengecualian cukai perkhidmatan di bawah Seksyen 48 Akta Cukai Perkhidmatan 2018 dilaksanakan bagi perkhidmatan yang dijalankan sepenuhnya di Labuan di bawah Belanjawan 2027.
22hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) meminta kerajaan supaya menyediakan pelepasan cukai bagi perlindungan kritikal seperti insurans gangguan perniagaan bagi meningkatkan tahap kemampuan dan akses kepada perlindungan insurans.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan Program Rantaian Bekalan dan Penyumberan Global Sarawak bagi memperkukuh hubungan industri, membangunkan perusahaan tempatan serta meningkatkan penyertaan Sarawak dalam rantaian bekalan serantau dan global.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) – Persatuan Pembangunan Industri Jualan Langsung Malaysia (MDSIDA) menyarankan agar pemain industri untuk menerima transformasi teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memacu pertumbuhan sambil mengekalkan piawaian etika dan pematuhan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Kerajaan memperkenalkan inisiatif Malaysia Halal Global Nexus (MHGN), sebuah strategi komprehensif yang bertujuan memperluas pasaran antarabangsa, memperkukuh rangkaian penggiat industri dan meningkatkan keyakinan global terhadap integriti halal negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kemampuan perumahan harus dinilai berdasarkan kos sara hidup yang menyeluruh seperti bayaran sewa atau gadai janji, pengangkutan, utiliti, penyelenggaraan dan akses kepada keperluan harian, kata pasaran hartanah dalam talian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Afrika muncul sebagai pasaran pertumbuhan penting bagi industri halal global sekali gus menawarkan peluang yang meluas kepada pengeksport Malaysia dalam pelbagai kategori produk pengguna.
1bulan ago
SHANGHAI, 23 September (Bernama) -- Sesi perbincangan meja bulat delegasi Malaysia bersama pemimpin industri daripada 21 syarikat terkemuka China di sini hari ini, menyentuh pelbagai sektor berimpak tinggi termasuk semikonduktor, kecerdasan buatan (AI) dan robotik.