1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur dari China berminat membangunkan kilang pengeluaran aluminium serta kemudahan tenaga hijau di Samalaju, Bintulu, Sarawak, bagi menyokong aktiviti pembuatan berorientasikan pasaran antarabangsa.
1hari ago
JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan pinjaman tahun ini kepada 5.5 peratus hingga enam peratus, berbanding jangkaan lima peratus hingga 5.5 peratus sebelum ini, dengan unjuran tersebut dijangka berterusan hingga 2027.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2027 berbanding julat semasa 4.05 hingga 4.10, menurut HSBC Global Investment Research.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia mencatatkan peningkatan semula dari segi prestasi pada Oktober 2026, dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global meningkat kepada 51.0 pada bulan tersebut, ini menandakan pemulihan pertumbuhan didorong oleh peningkatan pesanan baharu dan jumlah pengeluaran.
1hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Harga emas tempatan dijangka kekal stabil atau meningkat sedikit berbanding paras semasa sehingga hujung tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan perubahan struktur ekonomi global, kata seorang ahli akademik.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan pelaburan baharu dalam sektor pembuatan tidak bergantung pada pekerja asing atau buruh kasar selaras dengan usaha mentransformasikan industri ke arah aktiviti bernilai tambah tinggi, automasi dan pendigitalan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh jangkaan kemungkinan normalisasi Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis ini.
2hari ago
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), memperkenalkan program latihan kemahiran teknikal untuk membantu golongan belia kurang berkemampuan mendapatkan pekerjaan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta pembuatan di Malaysia.
3hari ago
JOHOR BAHRU, 31 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang meneliti lokasi rasmi bagi majlis pelancaran Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dengan Perak menjadi antara destinasi yang dipertimbangkan sempena ‘Pemukiman Pemimpin Tahunan’ kedua-dua negara itu yang dijadualkan 4 Disember ini.
3hari ago
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang mempergiat usaha mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama pelancongan kapal persiaran menerusi cadangan memperkenalkan ‘Strategi 3I’ yang menyasarkan untuk menaik taraf kemudahan pelabuhan dan menarik laluan baharu bagi kapal persiaran antarabangsa.
3hari ago
KUCHING, 31 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan milik kerajaan negeri Sarawak, AirBorneo hari ini secara rasmi membuka jualan tiket bagi laluan terus baharunya yang menghubungkan Kuching dengan ibu negara Indonesia, Jakarta bermula 13 November.