BERITA TERKINI   Kerajaan nafi dakwaan NGO Indonesia syarikat Malaysia terlibat aktiviti pembakaran hutan di negara itu - Noraini Ahmad | Seorang anggota APMM maut, dua lagi cedera semasa operasi di perairan Kuala Perlis malam tadi. -- Ketua Polis Daerah Kangar | Surat pemakluman pembubaran DUN Sarawak telah dihantar ke SPR hari ini - Speaker | Kerajaan teliti langkah segera perbaiki tadbir urus GLC, GLIC termasuk cadangan membentangkan rang undang-undang milik entiti kerajaan - PM Anwar | Kerajaan setakat ini tidak mengenal pasti pelanggaran tadbir urus dalam GLC, GLIC seperti yang berlaku dalam 1MDB dan Tabung Haji - PM Anwar | 

Terdapat 43 berita berdasarkan kata kunci carian "pelaburan"

Pulau Pinang Catat Pelaburan Direalisasikan RM36.62 Bilion Setakat September

GEORGE TOWN, 23 Okt (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan direalisasikan bernilai RM36.62 bilion setakat 30 Sept, mengatasi sasaran RM22 bilion bagi 2026, menurut Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Berpilih Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat susulan aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi yang membantu mengimbangi sentimen berhati-hati menjelang hujung minggu, kata seorang penganalisis. 

PAAB Cadang Program Sukuk RM11.64 Bilion Sokong Pembangunan Infrastruktur Air

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) mencadangkan program Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM11.64 bilion menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pengurusan Air SPV Bhd (PASB), bagi memenuhi keperluan perbelanjaan modal strategik jangka panjang dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Invest Malaysia Day 2026 Tonjol peluang Pertumbuhan Bagi Perniagaan Singapura

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), CIMB Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) telah bersama-sama menjayakan acara pertama Invest Malaysia Day 2026 di Singapura.

Manfaatkan Data, Analitik Bagi Tambah Baik Penyasaran Subsidi Ikut Keperluan Isi Rumah - Pakar

BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan data dan analitik untuk menambah baik penyasaran subsidi berdasarkan keperluan isi rumah bagi membantu golongan yang paling memerlukan di samping mengekalkan kemampanan fiskal negara.

Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau susulan kelemahan semalaman Wall Street.

Kepesatan Pembangunan Pusat Data Pacu Permintaan Prasarana Tenaga Johor

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Industri pusat data di Johor yang terus berkembang pesat dijangka memacu permintaan tenaga elektrik yang ketara, sekali gus membuktikan kepentingan untuk meneruskan pembangunan infrastruktur tenaga.

Petronas, TotalEnergies Dan Mitsui Meterai JVA Bangunkan Kawasan Penyimpanan Karbon Di Hab Selatan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas CCS Ventures Sdn Bhd (PCCSV), bersama TotalEnergies EP CCS Malaysia dan Mitsui & Co Ltd menandatangani perjanjian usaha sama (JVA) untuk membangunkan kawasan penyimpanan CO2 di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

RAC Rangka Pelan 10 Tahun Pacu Perkhidmatan Kereta Api, Penggunaan Awam

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) membangunkan pelan strategik 10 tahun bagi meningkatkan kekerapan serta kebolehpercayaan perkhidmatan kereta api dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

Belanjawan 2027: Peruntukan RM16 Bilion Bagi STR Dan SARA Dijangka Rangsang Perbelanjaan Isi Rumah, Sektor Peruncitan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Peruntukan kerajaan yang lebih tinggi sebanyak RM16 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bersama langkah berkaitan cukai pendapatan individu di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengekalkan perbelanjaan penggunaan isi rumah.

PM Anwar Kotakan Janji Percepat Projek Mitigasi Banjir, Bantu Mangsa Yang Lama Menderita

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) – Mengotakan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tiga tahun lepas, kerajaan telah mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi meringankan beban serta kesukaran kewangan yang dialami oleh mangsa akibat bencana alam tersebut yang berlaku hampir setiap musim.

Ringgit Dibuka Meningkat Ketika Kebimbangan Pelaburan AI Jejas Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu dan Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang susut nilai diasak kejatuhan harga saham susulan kebimbangan mengenai pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).