1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka berada dalam julat 1,725 hingga 1,750 mata, kata penganalisis.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung pada minggu depan selepas mencatat aliran pengukuhan pada minggu ini.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap cuaca dan program biodiesel B50 Indonesia.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$4,600 setiap auns troy minggu depan.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disokong oleh permintaan yang lebih kukuh dan kebimbangan terhadap kemungkinan kekangan bekalan.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Persatuan PKS Malaysia (SME Malaysia) menggesa Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada hasil yang boleh diukur, bukan sekadar pemberian, pembiayaan dan insentif, dengan kejayaan dinilai semata-mata melalui produktiviti, pelaburan, pertumbuhan dan daya saing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — HAVI, peneraju rantaian bekalan global, akan membuka TechHUB di Malaysia pada November tahun ini, yang merupakan salah satu daripada empat hab seumpamanya di seluruh dunia dan pertama di Asia Pasifik.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikannya bagi sesi kelima berturut-turut, disokong oleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia mencecah RM2.16 trilion bagi tempoh Januari-Julai 2026, melonjak 24.7 peratus tahun ke tahun, didorong oleh permintaan eksport yang kukuh, demikian menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) serta usaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk mengekalkan hasil bon jangka panjang pada paras rendah.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu dagangan dengan kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) walaupun hasil Perbendaharaan AS menunjukkan peningkatan.