19hari ago
Oleh Karina Imran & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi menarik lebih banyak aliran masuk pelaburan pasif susulan peralihan global ke arah strategi pelaburan itu, sekiranya pelaksanaan dasar dan reformasi diteruskan secara konsisten, menurut peserta Simposium Sasana 2026.
19hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari kedua berturut-turut pada Selasa susulan penyusutan harga minyak mentah.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga bagi perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) awam, sebaliknya kadar caj ditentukan oleh pengendali stesen pengecas berdasarkan pertimbangan komersial masing-masing.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menganggap pertumbuhan gaji di negara ini masih ketinggalan dari segi produktiviti, sekali gus memaparkan keperluan bagi merombak sistem penetapan gaji berkenaan.
19hari ago
JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Delta Electronics, syarikat penyedia penyelesaian pengurusan kuasa dan teknologi hijau pintar dari Taiwan, memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan pejabat baharu di Southern Industrial and Logistics Clusters (SiLC), Iskandar Puteri, Johor Bahru.
19hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan sentimen pelabur yang berhati-hati menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedahnya minggu ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat.
19hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) serta pengumuman keputusan kewangan syarikat teknologi utama AS.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan pasaran tunai.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack sebagai pengerusinya yang baharu.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Perancangan integrasi di antara Korean Air dengan Asiana Airlines dijangka memperkukuh ketersambungan rangkaian bagi penumpang Malaysia yang melakukan transit melalui Terminal 2 khusus untuk Korean Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul, Korea Selatan.
19hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pertumbuhan Malaysia yang berdaya tahan, lebihan dagangan kekal kukuh serta kerangka dasar monetari yang berdisiplin dijangka terus menyuntik sokongan terhadap ringgit sepanjang separuh kedua 2026 dengan unjuran dalam julat 3.90 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).