1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kedudukan, peranan dan pengaruh Malaysia sebagai negara perdagangan yang merentasi laluan perdagangan global dan rantaian bekalan menjadi ciri utama diplomasi ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan telah meluluskan pembiayaan mikro bernilai lebih RM500 juta yang memanfaatkan lebih 30,000 usahawan bagi tempoh 15 Mei hingga 26 Jun 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan minat belian yang berterusan, didorong oleh keyakinan bahawa sektor semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI) mengalami kitaran pertumbuhan yang pesat, kata peniaga.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS pada Khamis berikutan kebimbangan yang semakin reda terhadap prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS) telah merangsang sentimen pasaran susulan kenyataan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai kadar faedah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menyambut baik saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) serta akan terus memperkukuh ekosistem lapangan terbang negara ini.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- HSBC Private Bank and Premier Wealth menetapkan sasaran akhir tahun pada 1,850 mata bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), menunjukkan kenaikan kira-kira 10 peratus daripada paras semasa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Jumlah penggunaan tenaga elektrik oleh sektor pusat data dijangka melonjak ketara kepada 31 peratus atau bersamaan 73,274 gigawatt jam (GWj) menjelang 2035 daripada 7.0 peratus atau 10,544 GWj pada 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu susulan kelemahan niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KEMAMAN, 1 Julai (Bernama) -- Gerakan koperasi di negara ini mencatat prestasi memberangsangkan apabila perolehannya meningkat hampir 20 peratus kepada RM81.62 bilion pada tahun lepas berbanding RM68.18 bilion pada tahun sebelumnya.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pelan Induk dan Pelan Tindakan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2026, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd masing-masing mengekalkan tinjauan positif terhadap sektor perbankan Malaysia, yang kukuh dari segi asas dan terus menawarkan pilihan bersifat defensif yang menarik.