Terdapat 190 berita berdasarkan kata kunci carian " emas"

Kerajaan Disaran Perluas Potongan Cukai Bagi Insurans Penjagaan Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran memperluas skop potongan cukai bagi menggalakkan penawaran produk insurans penjagaan jangka panjang, sekali gus membantu meringankan beban keluarga yang menjaga warga emas.

Populasi Menua Bakal Pacu Permintaan Farmaseutikal Malaysia - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 14 Okt  (Bernama) -- Peralihan demografi dijangka memacu permintaan farmaseutikal yang lebih tinggi memandangkan Malaysia diunjurkan menjadi negara menua menjelang 2036 dipacu oleh jangka hayat yang lebih tinggi dan kadar kelahiran yang kian menurun, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Aktiviti Belian Saham Murah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, mengekalkan sentimen berhati-hati namun positif, disokong oleh aktiviti belian saham murah yang berterusan serta asas domestik yang berdaya tahan.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan COMEX

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki kenaikan di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu & Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan dalam saham perbankan dan penjagaan kesihatan di tengah-tengah prestasi bercampur-campur dalam ekuiti utama Asia.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Risiko Geopolitik, Kenaikan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi bercampur-campur Wall Street semalaman, dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan dan harga minyak kembali meningkat, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi susulan Saham Perbankan Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan prestasi positif minggu lepas, didorong oleh aktiviti belian saham semasa harga murah dalam saham perbankan berikutan Belanjawan 2027 menawarkan sokongan tambahan menerusi langkah-langkah menyasarkan pinjaman perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pembiayaan perumahan dan pertumbuhan kredit dipacu pelaburan.

FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari, Disokong Belian Pada Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih ketika harga rendah dan sentimen optimis berkaitan Belanjawan 2027, seiring dengan pemulihan Wall Street.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Belanjawan Positif, Kenaikan Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen positif susulan reaksi pasaran terhadap Belanjawan 2027 dan kenaikan semalaman di Wall Street, apabila saham teknologi meningkat semula dan penurunan harga minyak mengimbangi sentimen pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lemah.