Terdapat 739 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

Syarikat Bumiputera Perlu Beralih Kepada Pemilik Teknologi, Peneraju Industri - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Syarikat Bumiputera perlu berkembang daripada pembekal kepada rakan strategik, pemilik teknologi dan peneraju industri, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.

NovaAir Sasar Kadar Penggunaan Kapasiti Kilang Di KL Melebihi 90 Peratus Dalam Tempoh Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yingde Gases Group Co Ltd melalui unitnya, NovaAir Industrial Gases Sdn Bhd, menyasarkan untuk meningkatkan kadar penggunaan kapasiti kilangnya di Kuala Lumpur kepada lebih 90 peratus dalam tempoh dua tahun.

Malaysia Airlines Batal Penerbangan Ke Jeddah, Madinah Sehingga 17 Oktober

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia Airlines hari ini mengumumkan pembatalan semua penerbangannya yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Johor Bahru dengan Jeddah serta Madinah di Arab Saudi bagi tempoh 12-17 Oktober ini.

J&T Express, Asia Aero Network Lanjut Perkongsian Kargo Udara Sehingga 2030

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- J&T Express Malaysia dan Asia Aero Network telah melanjutkan perkongsian sewa kargo udara mereka sehingga 2030 di bawah perjanjian yang ditandatangani hari ini.

Bahagian IPO NWE Resources Bagi Orang Awam Terlebih Langganan 2.82 Kali

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bahagian tawaran awam permulaan (IPO) NWE Resources Group Bhd (NWE Resources) yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia terlebih langganan sebanyak 2.82 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia. 

Eksport Semikonduktor Malaysia Ke AS Kekal Dikecualikan Daripada Tarif - Johari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia terus menikmati pengecualian tarif bagi eksport semikonduktornya ke Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Kelington Dapat Kontrak Fasiliti Penstoran Data RM128 Juta Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Kelington Group Bhd, Kelington Technologies Sdn Bhd (KTSB) telah memperoleh kontrak RM128 juta untuk mereka bentuk dan membina penjanaan air serta sistem rawatan air sisa bagi fasiliti pembuatan penstoran data termaju di Kuching, Sarawak.

Harga MSM Dijangka Dalam Julat RM4,400 Hingga RM4,600 Satu Tan Susulan El Nino

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tertekan akibat paras stok yang tinggi dan corak pengeluaran bermusim, dengan kemungkinan berlaku fenomena El Niño akan menyokong harga pada 2027, menurut firma penyelidikan.

Korporat Malaysia Diseru Guna Peluang Dalam Belanjawan 2027 Untuk Transformasi

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Korporat Malaysia diseru untuk memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan, produktiviti, perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).

IOI Properties Masih Menilai Potensi Penyenaraian Di SGX

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd memaklumkan pihak pengurusannya masih menilai inisiatif pasaran modal yang berpotensi, termasuk penyenaraian sekunder di Bursa Singapura (SGX), tetapi tiada cadangan rasmi dikemukakan kepada lembaga pengarah untuk dipertimbangkan.

FBM KLCI Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.

Belanjawan 2027: Pertumbuhan Gaji Bergantung Pada Produktiviti, Pelaburan - CIMB

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.