Terdapat 1143 berita berdasarkan kata kunci carian "bernama"

Kinergy Peroleh Kontrak Elektrikal Pusat Data Bernilai RM47.5 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd memperoleh kontrak bernilai RM47.5 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pakej elektrikal pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson.

Insentif Cukai GSH Tingkat Daya Tarikan Johor Sebagai Hab Perniagaan Serantau - IIB

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Insentif cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) yang dipertingkat di bawah Belanjawan 2027, termasuk kadar cukai lima peratus ke atas pendapatan yang layak untuk syarikat baharu yang memenuhi syarat, dijangka meningkatkan daya tarikan Johor sebagai hab perniagaan serantau.

Sconpo Perkukuh Kerjasama Antara Agensi Bendung Risiko Pembiayaan Keganasan

LABUAN, 12 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Kecil Pertubuhan Bukan Untung (SCONPO) memperkukuh kerjasama antara agensi bagi meningkatkan tadbir urus, memelihara kepercayaan awam serta melindungi sektor pertubuhan bukan untung (NPO) Malaysia daripada risiko pembiayaan keganasan.

KWSP Perkenal Kemudahan Zakat Perniagan Simpanan Syariah

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan Zakat Perniagaan Simpanan Syariah, satu kemudahan baharu yang membolehkan ahli beragama Islam memenuhi kewajipan zakat ke atas simpanan Simpanan Syariah mereka dengan mudah.

Tiada Sebarang Pertemuan, Perjanjian Kementerian Pengangkutan Dengan AirAsia - Loke

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan AirAsia dalam tempoh dua hingga tiga minggu lepas, selain tiada perjanjian dicapai dengan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

KUSKOP Laksana Tiga Strategi Pulihkan Kewangan KPF, Tangani Tunggakan Tebusan Syer

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan tiga langkah strategik menerusi Pelan Pemulihan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) bagi meningkatkan kecairan kewangan koperasi itu dan menyelesaikan isu pembayaran tebusan syer anggota secara berperingkat.

Pelanjutan Pengecualian Cukai Galak Syarikat Daftar Kapal Di Malaysia - Loke

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Langkah pelanjutan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat perkapalan selama 10 tahun lagi dapat menggalakkan lebih banyak syarikat berkenaan mendaftarkan kapal masing-masing di Malaysia berbanding di negara lain yang menawarkan insentif cukai.

Kerajaan Komited Kurangkan Fiskal Defisit Secara Berperingkat - Ketua Setiausaha Perbendaharaan

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat kepada tiga peratus dalam jangka sederhana bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan, dengan menyasarkan defisit diturunkan kepada 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2027.

Imbangi Kekangan Fiskal Dengan Pembangunan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, Oct 12 (Bernama) -- Kerajaan perlu mengimbangi kekangan fiskal dengan keperluan untuk meneruskan pembangunan negara dan melindungi kebajikan rakyat, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Indeks Harga Seunit Besi Naik 0.1 Hingga 5.1 Peratus Pada September - DOSM

PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 5.1 peratus di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari, Disokong Belian Pada Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih ketika harga rendah dan sentimen optimis berkaitan Belanjawan 2027, seiring dengan pemulihan Wall Street.

BPMB Diberi Mandat Urus Lebih RM7 Bilion Babit Inisiatif Strategik Di Bawah Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan inisiatif strategik melebihi RM7 bilion merentasi tujuh sektor keutamaan di bawah Belanjawan 2027.