5hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia diunjur mencapai nilai barangan kasar (GMV) sebanyak US$48 bilion (US$1 = RM4.08) pada 2026, menurut laporan tahunan e-Conomy SEA (Asia Tenggara) bagi edisi ke-11 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Berjaya Construction Bhd akan melaksanakan kerja-kerja reka bentuk dan binaan membabitkan projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis dengan anggaran kos mencecah RM1.2 bilion termasuk kos pembinaan awal sebanyak RM675 juta.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 10 peratus kepada RM70.20 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 daripada RM63.84 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa diperkukuh bagi memastikan kestabilan pasaran gas global dan jaminan bekalan tenaga yang menjadi asas penting kepada daya saing industri, keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi mampan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 39.6 peratus kepada RM378.70 bilion.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi dengan menyesuaikan diri terhadap perubahan corak pekerjaan di samping terus memberikan pulangan yang mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5hari ago
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM197.51 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM114.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jualan yang lebih tinggi.
6hari ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited untuk menyambungkan pusat data yang telah mendapat kelulusan kepada grid elektrik dalam tempoh setahun, ketika Malaysia memperkukuh rangkaian elektrik domestiknya bagi memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat serta meningkatkan kesalinghubungan elektrik serantau.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Matrix Concepts Holdings Bhd, Matrix Concepts (Southern) Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) berasingan untuk memperoleh 57 lot tanah berkeluasan 174.77 hektar di Kulai, Johor, pada harga RM169.31 juta secara tunai.