BERITA TERKINI   Insentif RM700 seorang kepada pengamal media swasta berdaftar dengan enam persatuan media di Sarawak - Premier | Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri, RM700 untuk penjawat awam Persekutuan berkhidmat di Sarawak - Premier | Indonesia cadang kerjasama dengan Malaysia, iktiraf warisan Melayu termasuk tulisan Jawi di peringkat antarabangsa - Fahmi | Malaysia cadang penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Indonesia, perkukuh kerjasama industri dan ekonomi kreatif - Fahmi | PM Anwar larang penjawat awam guna Waze, rakyat disaran beralih kepada aplikasi TuJu demi keselamatan data | 

Terdapat 473 berita berdasarkan kata kunci carian " str"

Harlina Samson Dinaikkan Pangkat Sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat Harlina Samson sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, berkuat kuasa 1 Sept, 2026.

Usaha Sama LSH Infra-Pertama Makmur Raih Projek Lebuhraya Bertingkat BSE

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Usaha sama LSH Infra Sdn Bhd dan Pertama Makmur Sdn Bhd Joint Venture telah dianugerahkan cadangan pembangunan Projek Lebuhraya Bertingkat Bandar Malaysia-Seri Kembangan (BSE) bagi mengukuhkan aspek kesalinghubungan serta mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Greater Kuala Lumpur.

ASM 2 Wawasan Catat Agihan Pendapatan RM1.31 Bilion, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.

Tiang Saran Kaji Semula Duti Setem Atas Perjanjian JV Tanah

SIBU, 28 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan disaran untuk mengkaji semula pengenaan duti setem berdasarkan nilai tanah bagi perjanjian usaha sama (JV) antara pemaju perumahan dengan pemilik tanah, memandangkan ia dibimbangi boleh meningkatkan kos pembangunan dan akhirnya menjejaskan kemampuan perumahan di Sarawak.

PIP Capai 100,000 TEU Dalam Tempoh Empat Bulan Setengah Beroperasi Penuh

PADANG BESAR, 28 Ogos (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin - Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) mencatatkan pencapaian pengendalian 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) dalam tempoh empat bulan setengah sejak beroperasi sepenuhnya pada April lepas.