BERITA TERKINI   MAG Culinary Solutions perluas keupayaan penyediaan makanan dalam penerbangan dengan kemudahan baharu dijangka siap pada suku keempat 2028 - Kapten Nasaruddin | Malaysia Airlines sambung semula penerbangan ke Busan mulai Disember 2026, Firefly perkenal penerbangan terus ke Kunming - Kapten Nasaruddin | Kementerian Ekonomi teliti persiapan tangani negara menua dalam Belanjawan 2027 -- Akmal Nasrullah | Serian catatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 518 iaitu tahap bahaya setakat 10 pagi ini- portal APIMS | 

Terdapat 651 berita berdasarkan kata kunci carian " tan"

Harga MSM Dijangka Kekal Tinggi Sehingga 2H 2026, Memuncak Pada 1H 2027 Susulan El Nino

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada separuh kedua 2026 dan mencapai kemuncak pada separuh pertama 2027, didorong fenomena El Nino yang sangat kuat yang dijangka melanda Asia Tenggara pada penghujung tahun ini.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kelemahan Dolar

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki peningkatan dalam mata wang serantau berikutaan kelemahan dolar AS dan harga minyak mentah yang lebih kukuh telah meningkatkan sentimen, kata seorang penganalisis.

Unit Ge-Shen Jual Lima Bidang Tanah Di Johor Pada Harga RM35.50 Juta

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Ge-Shen Plastic (M) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ge-Shen Corp Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan Plastico Sdn Bhd bagi penjualan lima bidang tanah berstatus pegangan bebas di Tebrau, Johor, pada harga RM35.50 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana oleh pelabur selepas pasaran tempatan meningkat baru-baru ini, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang lebih perlahan.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$132.6 Bilion Setakat Akhir Jun

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.6 bilion setakat 30 Jun, 2026 daripada US$130.5 bilion yang dicatatkan pada 15 Jun, 2026.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah Berikutan Tekanan Jualan Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi, terutamanya saham-saham kewangan hingga menjejaskan sentimen pasaran.

Perbelanjaan Luar Pesisir Asia Pasifik kekal Stabil Selepas Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan sektor luar pesisir di rantau Asia Pasifik kekal stabil secara keseluruhannya selepas konflik di Asia Barat, dengan perbelanjaan modal (capex) bagi projek baharu di Asia Tenggara dianggarkan meningkat 12 peratus kepada lebih US$100 bilion (US$1 = RM4.08).

RNG Tech Perluas Operasi, Sasar Pasang Lebih 800 Kerusi Urut Di Malaysia, Empat Negara ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- RNG Tech Bhd menyasarkan pemasangan lebih 800 kerusi urut layan diri di seluruh Malaysia dan empat negara ASEAN pada tahun ini sebagai antara strategi pengembangannya selepas disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Kerajaan Perkenal Program Pengakuan Sukarela E-Invois Hingga 31 Dis 2027 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan memperkenalkan Program Pengakuan Sukarela e-Invois sehingga 31 Dis 2027 sebagai ikhtiar tambahan bagi mengurangkan kos pematuhan perniagaan khususnya kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

AIA Infinite Pacu Ekosistem Pengurusan Kekayaan Bernilai Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- AIA Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam segmen individu bernilai bersih tinggi (high-net-worth, HNW) menerusi AIA Infinite, platform pengurusan kekayaan bersepadu yang menyokong pemeliharaan kekayaan, perancangan legasi serta kesinambungan kewangan merentas generasi, ketika persekitaran kewangan global semakin kompleks dan saling berkait.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi, Menjejaki Keuntungan Dalam Soya Dan Olein

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas dirangsang oleh prestasi lebih kukuh dalam minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago dan niaga hadapan olein sawit Bursa Komoditi Dalian China, kata seorang peniaga.

Indonesia Sasar US$5.8 Bilion Dalam Pelaburan Hijau Menerusi Pasaran Karbon

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 6 Julai (Bernama) -- Instrumen Nilai Ekonomi Karbon (NEK) Indonesia dijangka menarik sehingga US$5.8 bilion (US$1=RM4.08) dalam pelaburan hijau dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang dianggarkan 570 juta tan setara karbon dioksida (CO2).