1bulan ago
KUCHING, 13 Julai (Bernama) -- Kim Teck Cheong Consolidated Bhd (KTC) bercadang melabur RM30 juta untuk membina kilang pembuatan roti Gardenia di Kota Samarahan, Sarawak, yang akan mewujudkan 500 peluang pekerjaan kepada graduan tempatan dan pekerja mahir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Malaysia dan Singapura menyambut baik kemajuan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) termasuk usaha memuktamadkan pelan induk JS-SEZ dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama serta unit serantau pada Isnin, susulan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan di Asia Barat.
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin apabila saham perladangan dan berkaitan dengan komoditi mencatatkan peningkatan, seterusnya mengimbangi sentimen berhati-hati di pasaran serantau.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah memutuskan supaya Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama Kementerian Ekonomi meneliti cadangan dikemukakan Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (MPMA) dalam menangani tekanan rantaian bekalan global dan kenaikan kos bahan mentah.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Token akses atau kelulusan teknologi “six arm” ditawarkan kepada empat syarikat Malaysia, meliputi tiga akses “Arm Compute Subsystems” dan tiga lesen “Arm Flexible Access” setakat hari ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Kerajaan meluluskan 46 projek pembangunan bagi Parlimen Pasir Puteh, Kelantan, di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dengan siling peruntukan berjumlah RM207.2 juta, termasuk pembangunan infrastruktur kawasan industri hiliran yang akan menyokong aktiviti berhampiran stesen kargo Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong mencadangkan supaya Malaysia menubuhkan pusat sehenti bagi pembiayaan sektor semikonduktor dan teknologi mendalam (deep tech) yang menawarkan penyelesaian pembiayaan bersepadu di hab teknologi negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd menyasarkan sehingga 70,000 pelanggan bagi perkhidmatan emas digital patuh Syariah yang baharu dilancarkan, Pos ArRahnu Gold-i, dalam tempoh tahun pertama.
1bulan ago
KUALA TERENGGANU, 13 Julai (Bernama) -- Terengganu merekodkan pelaburan keseluruhan bernilai RM399.8 juta bagi tempoh suku pertama tahun ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin namun kemudiannya menyusut berikutan pelabur mengambil keuntungan susulan kenaikan indeks petunjuk pasaran kepada paras tertinggi dalam tempoh dua minggu, melepasi paras 1,690 minggu lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Isnin berikutan ketidaktentuan sama ada pergerakan kapal yang melalui Selat Hormuz adalah lancar serta daya tahan ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.