BERITA TERKINI   LTdL 2026: Nil Gimeno Ferrer dari pasukan Equipo Kern Pharma ungguli Peringkat 7 dari Melaka ke Batu Pahat | KUSKOP sedia peruntukan RM30 juta menerusi skim BERKAT Deepavali bantu usahawan India - Sim   | Masyarakat disaran buat laporan kepada Majlis Media Malaysia jika terdapat isu berkaitan etika liputan media - Fahmi | Gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada 10.57 pagi tadi - MetMalaysia | Anggota tentera di Semenanjung, Sabah dan Sarawak diseimbangkan susulan perkembangan di Pulau Balabac, Filipina - Mohamed Khaled  | 

Terdapat 347 berita berdasarkan kata kunci carian " dana"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Keputusan Kadar FOMC

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para pelabur masih mengambil pendekatan berhati-hati menjelang keputusan kadar faedah Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) esok serta lonjakan harga minyak.

Malaysia Pada Kedudukan Lebih Kukuh Susulan Pembaharuan Fiskal Utama -- Pengerusi SC

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Malaysia kini berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding tempoh sedekad lepas selepas kerajaan melaksanakan beberapa keputusan fiskal penting, termasuk penyasaran semula  subsidi serta tumpuan kepada pembangunan ekonomi.

Bursa Malaysia Melantun Ditutup Tinggi, Akhiri Penyusutan Empat Hari

Oleh Harizah Hanim Mohamed dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Indeks penunjuk utama Bursa Malaysia ditutup mencecah paras tertinggi harian hari ini, sekali gus menamatkan penyusutan empat hari berturut-turut sebelum ini.

Sektor Perladangan, Penjagaan Kesihatan, Produk Pengguna Tarik Aliran Masuk Asing RM263.7 Juta Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Sektor perladangan, penjagaan kesihatan serta produk dan perkhidmatan pengguna telah menarik jumlah aliran masuk asing bersih sebanyak RM263.7 juta ke Bursa Malaysia minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Malaysia Kekal Tegas Dapatkan Semula Aset 1MDB, Ambil Maklum Tuntutan RM4.2 Bilion Terhadap DBS

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan akan terus komited dalam usaha mendapatkan semula aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi langkah seperti kerjasama dan proses perundangan di beberapa negara, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Prinsip Kewangan Islam Mampu Terajui Pelaburan Mampan, Titah Sultan Nazrin

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Prinsip kewangan Islam mampu menerajui pelaburan mampan ketika dunia berusaha menggembleng modal yang besar bagi menangani krisis iklim, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Julat RM4.06-RM4.08 Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan dasar utama oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan Bank of Japan (BOJ).

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat Yang Terhad Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat yang terhad minggu depan, dengan jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi berkemungkinan mengehadkan potensi kenaikan harga logam berharga itu. 

PTT Synergy Beli Tanah Pegangan Bebas Di Pulau Pinang RM62.53 Juta

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- PTT Synergy Group Bhd (PTT) menerusi anak syarikat milik penuhnya, PTT Logistics Hub 3 Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan Lee Mooi Khean bagi memperoleh tanah pegangan bebas di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, bernilai RM62.53 juta.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Kebanyakan Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama, bagaimanapun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Besar-besaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani & Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat dalam keadaan satu lagi gelombang jualan di pasaran serantau disebabkan harga minyak mentah yang kekal tinggi terus menjejaskan sentimen pasaran, menurut penganalisis.

Rakuten Trade Kekalkan Sasaran FBM KLCI 1,770 Pada Akhir 2026, Belanjawan 2027 Jadi Penentu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.