19jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 9.6 peratus kepada 29,510 tan pada Ogos 2026 daripada 26,926 tan pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
20jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Saham Genting Bhd mencecah had penurunan maksimum pada Isnin, mendorong Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) saham itu sepanjang hari ini.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengurangkan risiko kebergantungan Malaysia terhadap sektor semikonduktor dengan mempelbagaikan rantaian nilai elektrik dan elektronik (E&E), mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi serta memperluas pasaran eksport.
21jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan aktiviti belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran masuk bersih berjumlah RM99.9 juta pada minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
22jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh sentimen positif susulan reaksi pasaran terhadap Belanjawan 2027 dan kenaikan semalaman di Wall Street, apabila saham teknologi meningkat semula dan penurunan harga minyak mengimbangi sentimen pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lemah.
22jam ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Isnin.
23jam ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh komitmen kerajaan terhadap disiplin fiskal susulan pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Langkah pelepasan cukai pendapatan individu dalam Belanjawan 2027 berpotensi memberikan penjimatan bayaran cukai tahunan sehingga RM1,600 kepada kira-kira lima juta pembayar sekali gus menyokong perbelanjaan golongan berpendapatan sederhana, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1hari ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 11 Okt (Bernama) -- Indonesia dan Mesir sedang mengusahakan Perjanjian Perkongsian Ekonomi (EPA) serta penubuhan dana pelaburan bersama bagi memperteguh kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Industri digital Malaysia menyambut baik Belanjawan 2027 sebagai satu langkah penting bagi mempercepatkan transformasi digital dan aspirasi kecerdasan buatan (AI) negara, sambil memuji tumpuan komprehensif terhadap ekonomi digital, infrastruktur, rakyat dan kerajaan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 menangani tekanan yang dihadapi isi rumah di bandar termasuk golongan berpendapatan sederhana yang semakin terkesan selain golongan berpendapatan rendah menerusi beberapa langkah, menurut Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC).
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, iaitu sambungan rel KTM ke Thailand dan kemudahan sempadan yang berkaitan mesti dirancang sebagai satu sistem bagi memperkukuh kesalinghubungan rentas sempadan serta memudahkan perdagangan antara Malaysia dengan Thailand.