BERITA TERKINI   Sektor rel negara dijangka memerlukan 25,000 tenaga kerja sehingga 2030 - Timb Menteri Sumber Manusia | Kompleks Mahkamah Johor Bahru dijangka mula beroperasi pada 1 Jan 2027 - Azalina | Surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dihantar kepada PM Anwar semalam, berkuatkuasa pada tarikh Najib keluar dari penjara - Loke | Kementerian Komunikasi perkukuh kerjasama dengan kementerian lain perluas penyampaian maklumat inisiatif kerajaan kepada rakyat - Fahmi  | Mesyuarat MKI hari ini ucap takziah kepada Tun Dr Mahathir, ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah | 

Terdapat 901 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua dikeluarkan hari ini, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Kembali Meningkat Susulan Kenaikan Harga Minyak Soya CBOT

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis, dipacu oleh pengukuhan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).

Ringgit Mengukuh Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah AS Semakin Reda

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh data inflasi AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan unjuran bahawa kenaikan kadar faedah AS akan berlaku dalam tempoh terdekat semakin reda.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Pembelian Menyeluruh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi pada Khamis, didorong pembelian menyeluruh merentas pelbagai sektor.

Padini Umum SPRM Batalkan Perintah Beku Akaun Bank

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Padini Holdings Bhd (Padini) hari ini memaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membatalkan perintah pembekuan semua akaun bank syarikat itu serta anak syarikat dilaksanakan sebelum ini yang menjadi sebahagian daripada prosedur siasatan.

Perbelanjaan Pengguna Singapura Di Johor Bahru Dijangka Naik S$1.05 Bilion Setahun, Selepas RTS Link Beroperasi 

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 16 Julai (Bernama) -- Kajian mendapati perbelanjaan pengguna dalam kalangan rakyat Singapura di Johor Bahru diunjurkan meningkat sebanyak S$1.05 bilion (S$1=RM3.15) setahun susulan pembukaan Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Pasaran Getah Terus Catat Penurunan Di Tengah-tengah Kelemahan Niaga Serantau

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur melanjutkan penurunannya untuk dua sesi dagangan berturut-turut pada Khamis dipengaruhi oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Laksana SOP Pengurusan Sisa Dijana Kapal

GEORGE TOWN, 16 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sisa dijana kapal di Pelabuhan Pulau Pinang.

Johor Sedia Hasil Robot Pembersihan AI Buatan Tempatan

KULAI, 16 Julai (Bernama) -- Johor bakal menjadi lokasi pengeluaran robot pembersihan berasaskan kecerdasan buatan (AI) pertama oleh syarikat tempatan menerusi kerjasama pemindahan teknologi dengan syarikat dari China.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi, disokong pembelian berterusan terhadap saham berwajaran tinggi dan saham bermodal sederhana.

Pelaburan KWAP Dalam eFishery Terjejas Akibat Penipuan Terancang, Pemulihan Dana Sedang Diuruskan - MOF

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery merupakan satu penipuan terancang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan Wall Street semalaman susulan tekanan inflasi di Amerika Syarikat (AS) yang semakin reda meningkatkan sentimen pelabur ke atas aset berisiko.