Terdapat 286 berita berdasarkan kata kunci carian " geopolitik "

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Niaga Hadapan Serantau Mengukuh

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Untung Bersih Petronas Dagangan Naik Kepada RM387.21 Juta Pada Suku Kedua 2026, Umum Dividen 25 Sen

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd (Petronas Dagangan) meningkat kepada RM387.21 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM265.53 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan disokong oleh permintaan yang lebih kukuh dan kebimbangan terhadap kemungkinan kekangan bekalan.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

LBS Bina Raih Untung Bersih RM15.04 Juta Pada Suku Kedua 2026

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM15.04 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM27.08 juta pada suku kedua tahun kewangan 2025.

Bursa Malaysia Pulih Pada Tengah Hari Disokong Daya Tahan Asas Ekonomi Domestik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih pada tengah hari, dengan sentimen pasaran disokong oleh asas ekonomi domestik Malaysia yang kukuh dan berdaya tahan.

Apex Securities Tingkat Unjuran Eksport Malaysia 2026 Kepada 26.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Apex Securities Bhd menaikkan unjuran eksport Malaysia bagi 2026 kepada 26.2 peratus daripada 16.3 peratus, disokong pertumbuhan eksport yang kukuh dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.

Untung Bersih Malayan Cement Meningkat Kepada RM903.17 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malayan Cement Bhd meraih keuntungan bersih lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 yang mencecah RM903.17 juta daripada RM672.38 juta sebelum ini, disumbangkan terutamanya oleh pengurusan kos lebih ketara serta peningkatan kecekapan operasi.

Untung Bersih Dialog Meningkat Kepada RM593.55 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Penurunan Hasil Bon AS Pacu Minat Risiko Pelabur

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis berikutan penyusutan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan minat pelabur untuk mengambil risiko susulan pengumuman Perbendaharaan AS mengenai peningkatan operasi pembelian balik bon, kata penganalisis.

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur, SMR 20 Naik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, disokong kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau serta jangkaan bekalan bermusim yang lebih ketat, namun kenaikan dihadkan kebimbangan terhadap perkembangan geopolitik di Asia Barat, kata seorang peniaga.