22hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggu pada tengah hari, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif, dalam persekitaran sentimen global yang semakin baik selepas Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan rancangan untuk sekurang-kurangnya meningkatkan saiz pembelian balik bagi hutang jangka panjang bagi mengekang kenaikan hasil bon.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi positif pasaran serantau susulan pemulihan Wall Street semalaman.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi dan penurunan saham teknologi telah menjejaskan sentimen pelabur, kata seorang penganalisis.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman dan pasaran serantau yang suram dipengaruhi ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan pada sesi sebelumnya dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Johor Plantations Group Bhd (JPG) susut kepada RM51.15 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026) berbanding RM75.20 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa mengatasi prestasi kebanyakan bursa serantau lain disokong oleh peningkatan dalam saham berkaitan komoditi dan perladangan, kata seorang penganalisis.
24hari ago
MANILA, 18 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan momentum positif dalam hubungan ekonomi dua halanya dengan Filipina, dengan nilai perdagangan dua hala mencecah US$8.22 bilion (RM35.21 bilion) pada 2025.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada Selasa, disokong oleh minat belian dalam kaunter wajaran tinggi, yang diterajui Maybank walaupun kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Asia Barat kembali tercetus.
24hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan serantau pada Isnin termasuk dolar AS berikutan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila sentimen pelabur merosot di tengah-tengah kebimbangan baharu terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat dan pertumbuhan ekonomi global, kata seorang penganalisis.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong minat belian terhadap kaunter wajaran tinggi terpilih terutama dalam sektor telekomunikasi dan media, utiliti serta produk perindustrian.