Terdapat 130 berita berdasarkan kata kunci carian "teknologi "

2.14 Bilion E-invois Dikemukakan Setakat 2 Nov, Bukan Untuk Kenakan Cukai Baharu - PM

CYBERJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Sebanyak 2.14 bilion e-invois dikemukakan oleh kira-kira 269,900 pembayar cukai setakat 2 Nov lepas, namun pelaksanaannya bukan bertujuan mengenakan cukai baharu atau menambah beban percukaian kepada rakyat.

Bursa Malaysia Catat Dagangan Tidak Menentu Pada Awal Pembukaan

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu pada awal pembukaan, bergerak antara zon positif dan negatif sebelum meningkat, sejajar dengan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.

Google Peruntuk RM651 Juta Bagi Pembangunan Infrastruktur Air Guna Sama Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 2 Nov (Bernama) -- Google memperuntukkan US$160 juta (RM651 juta) untuk membiayai pembangunan infrastruktur bekalan air guna sama yang baharu di Negeri Sembilan bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat serta menyokong operasi pusat datanya yang bakal beroperasi di Springhill Industrial Park, Port Dickson.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.

Pelabur China Tunjuk Hasrat Labur US$15 Bilion Dalam Enam Sektor Berpotensi Tinggi – TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur China menunjukkan hasrat untuk membuat pelaburan berjumlah US$15 bilion di Malaysia, melibatkan enam sektor berpotensi tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, serta industri halal.

Pelabur China Berminat Bangunkan Kilang Aluminium, Tenaga Hijau Di Bintulu - TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur dari China berminat membangunkan kilang pengeluaran aluminium serta kemudahan tenaga hijau di Samalaju, Bintulu, Sarawak, bagi menyokong aktiviti pembuatan berorientasikan pasaran antarabangsa.

Bank Digesa Teroka Pembiayaan Berasaskan Harta Intelek Untuk Perniagaan

PETALING JAYA, 2 Nov (Bernama) -- Institusi perbankan digesa meneroka pembiayaan berasaskan harta intelek (IP) bagi memperluas peluang mendapatkan pembiayaan kepada syarikat, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham mewah terpilih berikutan sentimen serantau yang berhati-hati.

Harga Emas Tempatan Dijangka Kekal Stabil Hingga Hujung Tahun

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Harga emas tempatan dijangka kekal stabil atau meningkat sedikit berbanding paras semasa sehingga hujung tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan perubahan struktur ekonomi global, kata seorang ahli akademik.

Pelaburan Baharu Dalam Sektor Pembuatan Perlu Kurangkan Kebergantungan Pada Pekerja Asing - Johari

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan memastikan pelaburan baharu dalam sektor pembuatan tidak bergantung pada pekerja asing atau buruh kasar selaras dengan usaha mentransformasikan industri ke arah aktiviti bernilai tambah tinggi, automasi dan pendigitalan.

Pelabur Asing Kembali Jadi Pembeli Bersih Dengan Aliran Masuk Bersih US$323.1 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Institusi asing kembali melakukan pembelian bersih di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak US$323.1 juta, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Pembangunan Tenaga Kerja Mahir Penting Untuk Masa Depan Penjanaan Kuasa Malaysia

KUALA LUMPUR, 2 Nov Bernama) -- Persidangan Penjanaan Kuasa Turbin Gas tahunan keempat, yang akan dianjurkan Edra Power Holdings Sdn Bhd (Edra) pada 4 November ini, dijangka memainkan peranan penting dalam menonjolkan kepentingan pembangunan tenaga kerja mahir dalam bidang tenaga bagi menyokong sektor penjanaan kuasa Malaysia yang semakin berkembang.