1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd melonjak kepada RM40.51 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Julai, 2026 daripada RM8.27 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jumlah jualan domestik yang lebih tinggi bagi model Mazda.
1bulan ago
KOTA BHARU, 10 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad memperuntukkan RM6 juta setahun menerusi Program Sadaqa House bagi membiayai pelbagai inisiatif pendidikan dan pembangunan usahawan di seluruh negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia berkembang 4.7 peratus tahun ke tahun pada Julai 2026, disokong oleh pertumbuhan dalam sektor pembuatan dan elektrik, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Pasaran getah ditutup lebih tinggi hari ini, dengan Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) mencapai paras tertinggi baharu untuk 2026 dan paras tertinggi sejak 15 Februari 2017, disokong oleh kenaikan dalam niaga hadapan serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh.
1bulan ago
SINGAPURA, 7 Sept (Bernama) -- Pengendali logistik ekspres kini sedang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi pemantauan jarak jauh merentasi rangkaian pengangkutan darat mereka untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan rentas sempadan menjelang penyepaduan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
1bulan ago
PUTRAJAYA, 6 Sept(Bernama) -- Bekalan bahan api Malaysia masih kukuh walaupun paras bekalan global berada dalam paras rendah, kerajaan yakin negara ini akan memperoleh bekalan yang mencukupi sehingga akhir tahun, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
1bulan ago
SHENZHEN, 5 Sept (Bernama) -- Gergasi kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD Co Ltd dijangka mengumumkan pelan pengembangan selanjutnya di Malaysia dalam tempoh seminggu, di tengah-tengah persoalan sama ada pembuat kereta itu akan bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan atau menubuhkan kemudahan pembuatannya sendiri.
1bulan ago
Daripada Abdul Hamid A Rahman
GUIYANG, (China), 1 Sept (Bernama) -- Perjalanan selama kira-kira 40 minit dari Guiyang ke Kawasan Baharu Gui'an memaparkan tumpuan syarikat teknologi dan infrastruktur digital yang mungkin agak tidak asing bagi pengunjung dari Malaysia, kerana kawasan itu mempunyai sedikit persamaan dengan Cyberjaya.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan enam ikhtiar segera untuk rakyat merangkumi subsidi bahan api, penyelenggaraan sekolah, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan kesihatan, e-Invois dan pembiayaan mikro yang akan berkuat kuasa 1 Sept ini.
1bulan ago
Daripada Abdul Hamid A Rahman
GUIYANG (China), 30 Ogos (Bernama) -- Pengalaman selaku wartawan Malaysia yang ditugaskan membuat liputan mengenai ekonomi digital Guiyang ketika bulan kemerdekaan negara, mendedahkan bahawa iktibar pertama mengenai kehidupan di salah sebuah bandar teknologi di China ini bukannya di dalam makmal kecerdasan buatan (A), pusat data mahupun kenderaan autonomi.