1bulan ago
GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Intuitive Surgical Inc, syarikat perintis pembedahan bantuan robotik Amerika Syarikat (AS) dan disenaraikan di Nasdaq, menjangkakan pelaburannya di Pulau Pinang mencecah hampir US$500 juta (US$1=RM4.08) sepanjang tempoh lima tahun pertama operasinya di negeri itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ketika pasaran mencerna data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 6.0 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangka ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.9 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, tinggi sedikit daripada anggaran awal sebanyak 5.8 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Harga saham AirAsia Group Bhd meningkat dua peratus pada dagangan awal Jumaat meskipun syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih bagi suku kedua 2026 dalam keputusan kewangan syarikat itu yang diumumkan semalam.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- AirAsia Group Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia X Bhd, mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM527.16 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026, terutamanya akibat peningkatan kos bahan api dan kerugian dalam pertukaran asing.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Binasat Communications Bhd, iaitu Binasat Digital Sdn Bhd (BDSB), akan menerima RM32.19 juta daripada Cosmopolitan Avenue Sdn Bhd (CASB) berikutan penamatan penamatan bersama perjanjian jual beli (SPA) untuk Empire City.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) – Pioneer Heat Holdings Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM21.68 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 17 Sept 2026.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sektor perkhidmatan berkembang 11.2 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2026, dengan hasil mencecah RM714.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 10.1 peratus tahun ke tahun pada Jun 2026 dengan nilai jualan mencecah RM168.5 bilion, disokong pertumbuhan positif dalam ketiga-tiga subsektor, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 11 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura bagi 2026 kepada antara 4.5 dan 5.5 peratus, meningkat daripada unjuran awal iaitu 2.0 hingga 4.0 peratus.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik dalam jajaran 1,720-1,750 minggu depan, kata seorang penganalisis.