BERITA TERKINI   Saringan dadah terhadap personel penerbangan antara enam tindakan yang diberi keutamaan, perkukuh kawalan keselamatan sedia ada - KDN & MOT | Kabinet lulus 17 syor penambahbaikan perkukuh kawalan keselamatan di KLIA dan pintu-pintu masuk antarabangsa - KDN & MOT | KPT akan tubuh satu jawatankuasa bebas, kaji dan teliti penggubalan akta baharu gantikan AUKU - Zambry | Jangan ubah perolehan Rejimen Gerak Khas demi kepentingan pihak tertentu, perlu ikut keperluan operasi - Pemangku Sultan Johor | Sindiket edar dadah di Johor tumpas, sembilan ditahan - Polis | 

Terdapat 1557 berita berdasarkan kata kunci carian " bernama"

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini - MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Kerajaan Lunas Bayaran Balik Lebihan Cukai RM14.7 Bilion Sehingga 30 Jun 2026 - MoF

KUALA LUMPUR, Julai 15 (Bernama) -- Kerajaan telah melunaskan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM14.7 bilion melibatkan 3.17 juta kes pembayar cukai sehingga 30 Jun 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Hutang Statutori Kerajaan Persekutuan Kekal Di Bawah Had 65 Peratus Setakat Mac 2026 – MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Hutang statutori Kerajaan Persekutuan berada pada paras 61.9 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KNDK) sehingga akhir Mac 2026, iaitu masih di bawah had 65 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Akaun Aktif BNPL Meningkat Kepada Lapan Juta Pada Suku Pertama 2026 - MOF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jumlah pemegang akaun ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) yang aktif meningkat kepada lapan juta bagi suku pertama 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Jangan Ambil Mudah Kesan Ekonomi Susulan Selat Hormuz Tutup Semula - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan menyeru seluruh rakyat dan peniaga supaya tidak leka atau mengambil mudah kesan ekonomi dan rantaian bekalan susulan Iran mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Niaga Hadapan MSM Melemah Susulan Lonjakan Dalam Bekalan Minyak Sawit

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini susulan kebimbangan terhadap lonjakan dalam pengeluaran dan inventori minyak sawit di Malaysia.

Widad Lantik Tengku Shaifuddin Sebagai Pengerusi, Nor Azlan Pengarah Urusan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Widad Group Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Tengku Shaifuddin Tengku Jamaluddin sebagai pengerusi baharunya dan Nor Azlan Zainal sebagai pengarah urusan kumpulan berkuat kuasa hari ini.

Jati Tinggi Raih Kontrak RM22.6 Juta, Buku Pesanan Cecah Rekod RM936.5 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Jati Tinggi Group Bhd (JTGB) mencatat buku pesanan tertinggi baharu sebanyak RM936.5 juta selepas anak syarikat milik penuhnya memperoleh dua kontrak berkaitan pusat data di Johor bernilai keseluruhan RM22.6 juta.

Dewan Rakyat Lulus Usul Pindahan RM14.5 Bilion Kepada Kumpulan Wang Pembangunan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memindahkan sebanyak RM14.5 bilion baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Januari hingga Mei 2026 ke Kumpulan Wang Pembangunan (KWP).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini berikutan pelabur beralih kepada aset selamat walaupun harga emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat mencatatkan penurunan.

Siti Asiah Dilantik Ketua Perangkawan

PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Siti Asiah Ahmad dilantik sebagai Ketua Perangkawan berkuat kuasa hari ini.

Ekonomi Dua Kelajuan Tidak Ketara Di Malaysia, Pelbagai Sektor Terus Pacu Pertumbuhan -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Malaysia tidak menunjukkan tanda-tanda sebagai sebuah ekonomi dua kelajuan walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ketegangan perdagangan global semakin memuncak, dengan pertumbuhan terus disokong oleh hasil sumbangan sektor pembuatan, perkhidmatan dan pembinaan.