BERITA TERKINI   Raja Permaisuri Agong zahir kebimbangan terhadap isu kesihatan mental kanak-kanak, remaja | MCMC siasat kegagalan platform media sosial sekat penstriman langsung serangan di sekolah antarabangsa di Sarawak - Fahmi | LLM, Prosignal Consortium perlu beri penjelasan terperinci berhubung masalah dihadapi pengguna aplikasi TuJu - Fahmi | KSN adakan mesyuarat bersama KSU beberapa kementerian, teliti isu penggunaan aplikasi navigasi - Fahmi | Jerebu : KLN dan NRES belum terima maklum balas penuh daripada Indonesia, Malaysia sedia beri bantuan aset jika diperlukan - Fahmi | 

Terdapat 936 berita berdasarkan kata kunci carian "sara"

Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Lima Peratus Pada 2026 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada pada kira-kira lima peratus pada 2026 berdasarkan momentum pertumbuhan ekonomi semasa yang kukuh, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Prestasi Positif Di Wall Street, OPR Stabil

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis seiring dengan prestasi positif di Wall Street selain sentimen turut disokong oleh keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Keputusan BNM Kekal OPR 2.75 Peratus Bukti Keyakinan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus hari ini mencerminkan keyakinan bank pusat itu terhadap keupayaan ekonomi Malaysia untuk mengekalkan pertumbuhan yang aktif pada 2026, menurut ahli ekonomi.

Malaysia Perlu Peralihan Tenaga Terancang, Ambil Kira Realiti Semasa Dan Aspirasi Jangka Panjang - Menteri

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu melaksanakan peralihan tenaga secara terancang bagi menyeimbangkan realiti semasa dengan aspirasi jangka panjang negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Pasaran Getah Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept  (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, dengan sentimen pasaran disokong oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

BNM Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 3 Sept  (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dalam mesyuaratnya hari ini.

MIGJA Harap Belanjawan 2027 Kekalkan Pengecualian Cukai Barang Kemas Emas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Persatuan Tukang Emas dan Barang Kemas India Malaysia (MIGJA) berharap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada bulan depan, terus mengekalkan pengecualian cukai ke atas barang kemas emas bagi mempertahankan daya saing industri.

Bakal Ke Pasaran ACE, Evocom Sasar Kumpul RM20.5 Juta Menerusi IPO

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Evocom Bhd menyasarkan untuk mengumpulkan sebanyak RM20.5 juta daripada langkah tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu menjelang penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 September 2026.

TNG eWallet: Perbelanjaan Pelawat Asing Cecah Lebih RM1 Bilion Pada Separuh Pertama

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kalangan pengunjung antarabangsa yang juga pengguna TNG eWallet, membelanjakan lebih RM1 bilion menerusi aplikasi berkenaan dalam tempoh enam bulan pertama Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM26).

Sasaran Perdagangan Malaysia-Thailand US$30 Bilion Di Landasan Tepat, Fokus Atasi Isu Dokumentasi Sempadan

BANGKOK, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Thailand berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala bernilai US$30 bilion tahun depan, didorong oleh prestasi kemajuan yang positif dalam tempoh lapan bulan pertama 2026.

Tomei GoldNow Perkenal Ciri Hadiah Dan Simpanan Emas

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- GoldNow milik Tomei Consolidated Bhd kini memperkenalkan ciri Gold Gifting dan Gold Savings bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai platform mudah alih pengumpulan emas terkemuka di Malaysia.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar As Menjelang Keputusan OPR BNM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ketika pelabur menantikan keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan diumumkan hari ini.