2bulan ago
KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan program subsidi Diesel BUDI MADANI (BUDI Diesel) di seluruh negara bermula pada 1 Julai dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh mekanisme subsidi bersasar serta mengurangkan ketirisan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SRKK AI Bhd bagi bahagian awam terlebih langgan sebanyak 312.3 kali menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Julai 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) telah memuktamadkan rundingan bagi lima bab di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA), dengan kedua-dua pihak menyasarkan perjanjian itu dimeterai menjelang 2027.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan penurunan kadar asas pasaran tunai.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Demam bola sepak sempena Piala Dunia FIFA 2026 berupaya menyuntik antara RM1.2 bilion hingga RM2.1 bilion terutamanya dalam industri makanan dan minuman (F&B) di Malaysia, menurut seorang pakar ekonomi.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan dengan kecenderungan menurun minggu depan, terkesan oleh harga minyak mentah lebih rendah dan stok minyak sawit yang banyak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,660-1,690 pada minggu depan, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak dalam julat terhad dengan kecenderungan meningkat pada minggu depan, susulan penantian pasaran terhadap beberapa data ekonomi utama.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan tiga hari berturut-turut untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh anggaran eksport yang lebih kukuh, mengimbangi tekanan daripada harga minyak mentah yang lebih lemah.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, seiring dengan prestasi pasaran tunai.