7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 meningkatkan keyakinan jangka panjang pelabur, memperkukuh ekosistem industri serta memastikan manfaat ekonomi daripada pelaburan dapat dinikmati secara meluas oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta tenaga kerja tempatan, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- RAM Holdings Bhd melantik Julie Ng sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengarah Eksekutif RAM Rating Services Bhd, berkuat kuasa 1 Okt, 2026.
7hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Pengecualian perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta daripada pelaksanaan gaji minimum RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 bertujuan memberi ruang kepada perniagaan berkenaan untuk menyesuaikan model operasi masing-masing.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM60 juta yang disediakan kerajaan di bawah Belanjawan 2027 kepada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) boleh membantu membina keupayaan syarikat tempatan menembusi dan mempelbagaikan pasaran eksport.
7hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf hasrat Malaysia untuk melonjakkan kedudukan dalam rantaian nilai semikonduktor menerusi inisiatif pelaburan Global Gateway selain cadangan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia (EU) (MEUFTA) yang dapat memperkukuh kerjasama ekonomi dua pihak terbabit.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd memperoleh kontrak bernilai RM47.5 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pakej elektrikal pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Insentif cukai Hab Perkhidmatan Global (GSH) yang dipertingkat di bawah Belanjawan 2027, termasuk kadar cukai lima peratus ke atas pendapatan yang layak untuk syarikat baharu yang memenuhi syarat, dijangka meningkatkan daya tarikan Johor sebagai hab perniagaan serantau.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melaksanakan tiga langkah strategik menerusi Pelan Pemulihan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) bagi meningkatkan kecairan kewangan koperasi itu dan menyelesaikan isu pembayaran tebusan syer anggota secara berperingkat.
7hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat kepada tiga peratus dalam jangka sederhana bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal mampan, dengan menyasarkan defisit diturunkan kepada 3.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2027.
7hari ago
PUTRAJAYA, 12 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi meningkat antara 0.1 hingga 5.1 peratus di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi tempoh September 2025 hingga September 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong aktiviti belian terpilih ketika harga rendah dan sentimen optimis berkaitan Belanjawan 2027, seiring dengan pemulihan Wall Street.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) diberi mandat oleh kerajaan untuk melaksanakan inisiatif strategik melebihi RM7 bilion merentasi tujuh sektor keutamaan di bawah Belanjawan 2027.