2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia perlu memanfaatkan kelebihan sendiri untuk menjadi pengeluar teknologi kompetitf global serta pada masa sama menyediakan tenaga kerja sedia masa depan demi menjana faedah daripada kebangkitan ekonomi Asia, kata Pengasas Bersama Strategic Intelligence Prof Henrik von Scheel.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Walaupun perlumbaan Formula Satu (F1) hanya akan kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Oktober ini, keterujaan terhadap kemunculan semula Malaysia dalam kalendar perlumbaan itu sudah mula dirasai di platform media sosial.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Statistik 2026 dijangka diwartakan hujung tahun ini selepas melalui proses pentadbiran susulan kelulusannya di Parlimen, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin dan Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada tengah hari, mencerminkan prestasi serantau yang positif.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) -- Kementerian Ekonomi mencatatkan prestasi perbelanjaan pembangunan keempat terbaik dalam kalangan kementerian setakat 21 Julai selepas membelanjakan RM1.214 bilion atau 57.42 peratus daripada peruntukan pembangunan asal sebanyak RM2.115 bilion bagi 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk muncul dalam kelompok 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Isnin berikutan ketegangan di Asia Barat yang mereda telah meningkatkan sentimen pasaran selepas Amerika Syarikat (AS) menghentikan sementara serangan udara pada hujung minggu lepas.
2bulan ago
Oleh Karina Imran & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh sentimen domestik yang positif menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tetapi pendekatan pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kenaikannya.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain Gulf Air di Malaysia pada Oktober ini dijangka memberi limpahan ekonomi kepada negara menerusi sektor pelancongan serta industri berkaitan.
2bulan ago
SANDAKAN, 25 Julai (Bernama) -- Gerakan Nasional Jom Beli Produk Malaysia (JOM MALAYSIA) diyakini mampu menjadi pemangkin dalam mengangkat produk dan jenama keluaran Sabah ke persada antarabangsa selaras dengan aspirasi "local to global" yang menjadi antara fokus Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan apabila pelabur terus memantau perkembangan di Asia Barat, harga minyak mentah dan petunjuk daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang mengenai prospek kadar faedah, kata seorang penganalisis.