9hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Lebih dua dekad menceburi dunia sukan permotoran membawa Jazeman Firhan Jaafar, menempuhi pelbagai pengalaman daripada menyertai perlumbaan di pentas antarabangsa dan hampir merealisasikan impian ke Formula Satu (F1), sehinggalah beraksi pada perlumbaan berprestij Le Mans.
9hari ago
BATU KAWAN, 19 Sept (Bernama) – Kerajaan berusaha memperkasa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta peniaga tempatan agar mereka dapat menjadi komponen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara, di samping menerima manfaat daripada perkembangan ekonomi.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Malaysia Airlines dinobatkan sebagai Kakitangan Syarikat Penerbangan Terbaik di Asia pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan harga minyak yang tinggi terus memberikan tekanan kepada minat risiko global, kata penganalisis.
10hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh jangkaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, kata seorang penganalisis.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Indeks pentunjuk pasaran Bursa Malaysia dijangka terus diniagakan berhati-hati minggu depan, dengan sentimen pelabur dijangka dipengaruhi keputusan dasar Rizab Persekutuan (Fed) yang terkini, perkembangan di Asia Barat, harga minyak dan perubahan jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Ringgit berkemungkinan diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan dengan tumpuan pasaran dihalakan kepada ucapan beberapa pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed), kata penganalisis.
11hari ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Sept (Bernama) -- Sunway Healthcare Group (SHG) hari ini mengadakan majlis pecah tanah Pusat Perubatan Sunway Iskandar Puteri (SMCIP), iaitu hospital pertamanya di selatan Malaysia, yang melibatkan jumlah perbelanjaan modal sebanyak RM800 juta.
11hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika ditutup Jumaat, disokong oleh sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kebimbangan yang berkurangan mengenai bekalan minyak mentah, menurut seorang penganalisis.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga arang batu sehingga mencecah US$148 setan pada 10 Sept 2026 memberi kesan langsung kepada kos penjanaan elektrik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta.