BERITA TERKINI   Piala FA: Star City 1-4 Selangor FC | 

Terdapat 406 berita berdasarkan kata kunci carian " kontrak"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan Pasaran COMEX AS

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki harga emas yang lemah di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX AS).

Untung Bersih Suku Kedua Petronas Gas Meningkat Kepada RM453.33 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM453.33 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 daripada RM450.19 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Untung Bersih IJM Naik Kepada RM137.39 juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2027

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.

Niaga Hadapan FBM KLCI Diniagakan Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Musim Monsun Dijangka Redakan Impak 'El Nino Super' Ke Atas Hasil Sawit

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) – Musim monsun yang bakal tiba pada Disember dijangka membantu mengurangkan potensi impak fenomena cuaca El Niño Super terhadap pengeluaran minyak sawit Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Belvinder Sron.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan keuntungan dan harga minyak mentah yang lebih lemah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi Menjejaki COMEX AS

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini menjejaki prestasi kukuh dalam niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Isnin.

NexG Sambut Baik Keputusan Kerajaan Tidak Ambil Alih Datasonic Technologies 

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- NexG Bhd dan anak syarikatnya, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI atas keputusan tidak mengambil alih DTSB.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tinggi Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menaik minggu depan, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap cuaca dan program biodiesel B50 Indonesia.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Melepasi Paras US$4,600 Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka melepasi paras US$4,600 setiap auns troy minggu depan. 

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Diniagakan Dengan Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat minggu depan, sejajar dengan pasaran tunai, kata penganalisis.