Terdapat 270 berita berdasarkan kata kunci carian " kuala lumpur"

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Serantau, Kebimbangan El Niño

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan prospek fenomena El Niño yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Inflasi Malaysia Turun 1.8 Peratus Pada Julai 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia turun 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.1 mata pada Julai daripada 134.7 setahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Mamas Sasar Perluas Pasaran Eksport Sos, Kicap Ke Kemboja Tahun Depan

Oleh Nur Faradilla Mohamad

JOHOR BAHRU, 16 Ogos (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal pelbagai sos halal tempatan Mamas M&M (M) Sdn Bhd menyasar untuk memperluas pasaran eksport produk sos dan kicap keluarannya ke pasaran Kemboja pada pertengahan tahun depan.

Risiko El Nino Pacu Unjuran Harga MSM 2026 RM4,400 Setan Metrik - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) pada RM4,400 setan metrik bagi 2026 dan RM4,450 setan metrik bagi 2027 sementara menunggu musim pengumuman keputusan kewangan yang akan datang.

Maxis Lantik Goh Seow Eng Sebagai Pengarah Eksekutif

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Goh Seow Eng sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu berkuat kuasa hari ini.

PILA Bakal Tingkatkan Kapasiti Logistik Udara Di Wilayah Utara - Loke

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Penang International Logistics Aeropark (PILA) bakal meningkatkan kemudahan dan kapasiti kargo udara dengan ketara di wilayah utara Malaysia, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pembersihan Portfolio Kukuhkan Keupayaan TH Jana Pulangan Konsisten

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin dan Nur Aiman Najwa Dzamae

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada di landasan lebih baik untuk menjana pulangan antara empat hingga lima peratus atau lebih tinggi secara konsisten tanpa mengambil risiko yang berlebihan.

Harga Minyak, Data AS Positif Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Kenaikan Harga Minyak Dan Kebimbangan Geopolitik

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah dan kebimbangan geopolitik yang berterusan menjejaskan sentimen pelabur.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Seiring Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa berikutan kenaikan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Kerangka Penyenaraian Dwi IPO Malaysia-Hong Kong Berkuat Kuasa September 2026

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerangka Penyenaraian Dwi tawaran awam permulaan (IPO) yang dimudahcara antara Malaysia dan Hong Kong akan berkuat kuasa pada September 2026, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan pasaran modal antara kedua-dua ekonomi.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari, susulan tekanan jualan dalam kaunter perkhidmatan kewangan, utiliti dan perladangan.