Terdapat 196 berita berdasarkan kata kunci carian "seda"

Dari Motosikal Ke Reruai, Thirunavukkarasan Teruskan Legasi Bapa Dalam Perniagaan Makanan Tradisional

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan bapanya menggunakan motosikal, legasi menjual makanan tradisional India itu kini menjadi sumber rezeki utama Thirunavukkarasan Krishnana, 52, selepas beliau mengambil alih perniagaan berkenaan susulan bapanya diserang strok pada 1990-an.

Bitdeer Terus Melabur Di Malaysia, Yakin Dengan Dasar Kerajaan Madani -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bitdeer Technologies Group (Bitdeer) menyatakan hasrat untuk terus melabur di Malaysia kerana yakin dengan hala tuju dan dasar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan transformasi digital. 

Konsortium Diterajui MISC Tawar RM2.50 Sesaham Bagi Nyahsenarai Yinson Dalam Urus Niaga RM4.03 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Konsortium yang terdiri daripada MISC Bhd serta pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd (YHB) iaitu Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan untuk mengambil alih YHB dan menjadikannya syarikat persendirian menerusi urus niaga bernilai RM4.03 bilion.

BNM Ambil Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Dua Entiti Disyaki Langgar Akta Perkhidmatan Kewangan

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Najmuldin Exchanger dan Nusantara Global Network kerana disyaki melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

Paras OPR Ketika Ini Sejajar Dengan Prospek Pertumbuhan Ekonomi Dan Inflasi -- Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Dua Belas Polisi Insurans Berkaitan Bencana Nepal Selesai, Kata PIAM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sebanyak 12 polisi insurans yang membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Fail ZIP Berniat Jahat Boleh Curi Maklumat Perbankan, Data Peribadi – Pakar

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Fail ZIP yang mencurigakan dan disebarkan melalui platform pemesejan seperti WhatsApp boleh mendedahkan pengguna kepada perisian hasad yang mencuri kata laluan, maklumat perbankan dan maklumat peribadi, kata pakar.

CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Penipuan, Perkukuh Hala Tuju ESG

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

PETALING JAYA, 5 Nov (Bernama) – Apabila penipuan digital semakin mengancam pengguna dalam talian, CelcomDigi Bhd mengambil inisiatif dengan mengesan 260 juta panggilan yang disyaki penipuan selain menyekat 22 juta khidmat pesanan ringkas (SMS) setiap bulan bagi memperkukuh perlindungan pelanggan.

Ancaman Siber Yang Berkembang Ancam Daya Tahan Kewangan, Perlu Bakat Tempatan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ancaman siber yang semakin berkembang, khususnya yang melibatkan kecerdasan buatan (AI), teknologi awan dan ekosistem digital yang saling berkaitan, menonjolkan keperluan untuk membangunkan lebih ramai profesional tempatan yang mempunyai kepakaran dalam kewangan serta keselamatan siber.

Niaga Hadapan Emas Teruskan Kenaikan Bagi Hari Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk hari ketiga berturut-turut pada Khamis, apabila selera risiko yang lebih baik menyokong sentimen pasaran.

NCER Realisasi Pelaburan RM4.6 Bilion Di Perak, Hasil Lebih 3,000 Peluang Pekerjaan

IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM4.6 bilion di Perak bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sekali gus mewujudkan 3,867 peluang pekerjaan baharu.

Westports Pertingkat Kapasiti Kendali Kontena Kepada 28 Juta TEU - Loke

KLANG, 5 Nov (Bernama) -- Kapasiti pengendalian kontena tahunan Westports Malaysia Sdn Bhd dijangka meningkat dua kali ganda, daripada 14 juta kepada 28 juta unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), menerusi pelan pengembangan yang sedang dilaksanakan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.