BERITA TERKINI   Tiada sebarang ancaman siber signifikan jejaskan data rakyat atau infrastruktur negara dikesan setakat ini - Fahmi | Malaysia berjaya mencatat antara prestasi ekonomi terbaik di rantau ini kendatipun dunia digasak pelbagai pancaroba - PM Anwar | Tindakan kerajaan menangani krisis Asia Barat dan reformasi Ekonomi MADANI memperkukuh daya tahan ekonomi negara - PM Anwar | Langkah proaktif Kerajaan MADANI bantu Malaysia kekalkan pertumbuhan KDNK yang kukuh meskipun berdepan ketidaktentuan luaran - PM Anwar | Malaysia tidak terlalu bergantung pada satu sektor sahaja seperti AI berikutan struktur ekonominya yang pelbagai – Gabenor BNM | 

Terdapat 64 berita berdasarkan kata kunci carian " daya tahan"

Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Disokong Oleh Faktor Pemacu Domestik Dan Luaran

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan daya tahan, disokong oleh permintaan domestik, pelaburan dan eksport bersih, meskipun berdepan ketidaktentuan global yang berterusan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Persidangan UMSKL Himpun Ahli Akademik, Penyelidik Dari Lima Negara

LABUAN, 18 Nov (Bernama) -- Ahli akademik dan penyelidik dari lima negara Asia Tenggara telah berkumpul di pulau Labuan hari ini untuk Persidangan Perniagaan Antarabangsa Gunaan keenam (AIBC 2026).

BNM Perkukuh Kawal Selia Keselamatan Siber Bagi Memastikan Daya Tahan Bank - Gabenor

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempertingkatkan langkah penyeliaan dan keperluan kawal selia bagi memastikan institusi kewangan kekal berdaya tahan terhadap ancaman siber yang sentiasa berkembang, termasuk keupayaan mereka mengesan, bertindak balas dan memulihkan keadaan susulan insiden siber.

Ekonomi Malaysia Tumbuh 5.5 Peratus Pada Suku Ketiga, Disokong Perbelanjaan Isi Rumah, Eksport – BNM

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang 5.5 peratus pada suku ketiga 2026 berbanding 5.3 peratus pada suku ketiga tahun lepas, disokong oleh perbelanjaan isi rumah yang berterusan, peningkatan aktiviti pelaburan serta prestasi eksport yang lebih kukuh, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Peranan China Penting Dalam Perkukuh Kerjasama Dengan Kuasa Pertengahan Di Rantau Asia Tenggara - PM Anwar

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- China, sebagai antara kuasa teknologi terkemuka dunia, mempunyai peranan penting dalam memperkukuh kerjasama dengan negara kuasa pertengahan di Asia Tenggara, terutamanya dalam kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Portfolio Sukuk Jangka Pendek Terbitan IILM Cecah Rekod US$7.6 Bilion

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama)-- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) mengumumkan portfolio sukuk jangka pendek belum tebusnya mencecah rekod US$7.6 bilion (US$1=RM4.09).

Kesiapsiagaan Grid Elektrik Penting Untuk Tampung Peningkatan Permintaan Pusat Data AI - TNB

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang memperkukuh rangkaian pengagihan elektrik dan mempercepat perancangan pembangunan infrastruktur bagi menampung peningkatan permintaan tenaga elektrik susulan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan industri pusat data, di samping memastikan bekalan kepada pengguna sedia ada kekal stabil dan terjamin.

APEC Gariskan Empat Keutamaan Bagi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi Serantau

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 17 Nov (Bernama) -- Rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu memperkukuh tindakan dasar yang diselaraskan bagi mendepani pelbagai tekanan ekonomi, termasuk kenaikan harga tenaga, perpecahan geopolitik dan keadaan kewangan yang mencabar.

Sebanyak 88 Peratus Perniagaan Akui Langkah Tangani Gangguan Perdagangan Berkesan - HSBC

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Perniagaan di Malaysia sedang melakukan penyesuaian terhadap ketidaktentuan dan gangguan dalam perdagangan, dengan 88 peratus daripadanya mengakui langkah yang dilaksanakan itu adalah berkesan, menurut Tinjauan Global Trade Pulse 2026 oleh HSBC Malaysia.

Pendapatan Pelaburan KWSP Naik 30 Peratus Kepada RM83.32 Bilion Bagi Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan sebanyak RM83.32 bilion bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir pada 30 September 2026, iaitu meningkat 30 peratus berbanding RM63.99 bilion dalam tempoh yang sama pada 2025. 

Malaysia Muncul Sebagai Destinasi Pelaburan Utama Sektor Nilai Tinggi -- Citi Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia semakin dilihat sebagai destinasi pelaburan utama untuk sektor bernilai tinggi, disokong oleh pengembangan dalam ekonomi digital dan keupayaan teknologinya selain usaha berterusan bagi mengukuhkan daya saingnya.

Pertumbuhan KDNK Global Dijangka Susut Kepada 2.7 Peratus Pada 2026 – Moody’s Analytics

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global dijangka perlahan kepada 2.7 peratus pada 2026 dan 2.8 peratus pada 2027, susut daripada tiga peratus pada 2025, demikian menurut Moody’s Analytics.