2jam ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi optimis untuk mencapai sasaran sumbangan pampasan pekerja (PP) sebanyak 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030 selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi telah menerima sebanyak 9,955 bilangan projek baharu dan sambungan, dengan kos sebanyak RM944 bilion bagi 2027.
4hari ago
Oleh Kamarul Halim M Kamal
KLUANG, 4 Okt (Bernama) -- Selepas hampir 20 tahun bergelar sebagai pekerja kilang, Mohd Rosli Jumain tidak menyangka keputusan melepaskan pekerjaan tetap itu bagi menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Tani (IPR-INTAN), terbukti berhasil apabila meraih pendapatan hampir RM3,000 sebulan.
12hari ago
SUBANG JAYA, 26 Sept (Bernama) -- Keputusan berkaitan pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) adalah di bawah kementerian berkaitan mengikut bidang kuasa yang ditetapkan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) meningkatkan prestasi serta pendapatan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang menerusi pengembangan ke pasaran luar negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
16hari ago
PUTRAJAYA, 22 Sept (Bernama) -- Kenaikan harga minyak dunia tidak akan mengganggu perancangan pembangunan negara di bawah Belanjawan 2027, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
23hari ago
PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang meneroka peluang dalam sektor kenderaan elektrik (EV) dan automotif, dalam usahanya mempelbagaikan pelaburan melangkaui asas sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Sasaran untuk melonjakkan sumbangan nilai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera daripada 15 peratus kepada sehingga dua kali ganda menjelang 2035 akan diperincikan semula pada akhir tahun ini atau awal tahun depan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sedang meneliti struktur persediaan Malaysia dalam menghadapi perubahan demografi sebagai sebuah negara menua, menerusi Belanjawan 2027.
1bulan ago
KOTA BHARU, 29 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi sentiasa memantau pergerakan inflasi susulan perkembangan krisis di Asia Barat bagi memastikan tekanan kos akibat gangguan bekalan dan kenaikan harga komoditi tidak membebankan rakyat.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Pengukuhan tatakelola Lembaga Tabung Haji (TH) penting daripada perspektif ekonomi, mengambil kira skala dan peranan institusi itu yang mengurus amanah lebih 9.8 juta pendeposit di samping mempunyai kedudukan signifikan sebagai pelabur institusi dalam ekonomi domestik.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Malaysia menyasarkan cip buatan tempatan hasil kerjasama dengan Arm Limited memasuki peringkat pengeluaran dan digunakan dalam rantaian bekalan semikonduktor negara menjelang 2030, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.