BERITA TERKINI   RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 yang dipinda oleh Dewan Negara sebelum ini, diluluskan Dewan Rakyat | 

Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " aliran keluar"

Harga Elektrik Lebih Tinggi Tingkat Inflasi Keseluruhan Kepada 2.0 Peratus Pada Mei -- BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Harga elektrik yang lebih tinggi adalah akibat pelaksanaan surcaj susulan peningkatan kos penjanaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan inflasi keseluruhan Malaysia kepada 2.0 peratus pada Mei, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$130.63 Bilion Pada Akhir Mei 2026 -- BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$130.63 bilion pada akhir Mei 2026, berbanding US$129.73 bilion pada akhir April 2026. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh minat belian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor kewangan, utiliti serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutamanya kaunter penjagaan kesihatan, kewangan dan ladang yang menjejaskan sentimen pasaran.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Bagi Minggu Ke-11 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih berturut-turut untuk minggu ke-11 di Bursa Malaysia, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM191.6 juta minggu lepas.

Aliran Masuk FDI, Pengembangan Ke Luar Negara Bukti Kekuatan Ekonomi Malaysia Meningkat - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kemampuan Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh dan pada masa sama syarikat tempatan pula terus berkembang ke luar negara menunjukkan kekuatan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat, daya saing dan keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang negara, kata ahli ekonomi.

Ringgit Terus Meningkat Susulan Data Ekonomi Malaysia Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama lain dan negara ASEAN pada Rabu, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang lebih kukuh berbanding jangkaan, yang menambah keyakinan pelabur dan sentimen pasaran.

Pelaburan Langsung Asing Malaysia Melonjak 41.2 Peratus Kepada RM65.9 Bilion Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Aliran Masuk Bersih RM319.8 Juta Daripada Sektor Teknologi, Perindustrian, Kewangan - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sektor teknologi, produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan telah menarik gabungan aliran masuk bersih sebanyak RM319.8 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).