Terdapat 9 berita berdasarkan kata kunci carian " amirudin shari"

RS-2: Selangor Sasar Pendapatan Median Isi Rumah RM14,500

SHAH ALAM, 7 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan peningkatan pendapatan median isi rumah kepada RM14,500 sebulan serta mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.2 peratus menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2).

Sinergi Selangor-Negeri Sembilan Pacu Koridor Pelaburan Baharu - Amirudin

SEREMBAN, 22 Julai (Bernama) -- Sinergi pembangunan strategik antara Selangor dan Negeri Sembilan berpotensi mewujudkan koridor pertumbuhan ekonomi baharu yang mampu memperkukuh daya saing wilayah tengah negara menerusi jaringan pelaburan, pembangunan industri berteknologi tinggi serta infrastruktur logistik yang lebih bersepadu.

DANA PLUS Percepat Kelulusan Pembiayaan Mikro Dari 14 Hingga 21 Hari Kepada 48 Jam

KLANG, 21 Julai (Bernama) -- Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) melancarkan aplikasi digital DANA PLUS yang membolehkan tempoh kelulusan pembiayaan mikro sehingga RM10,000 dipendekkan dari 14 hingga 21 hari kepada hanya 48 jam.

Selangor Sasar Pecah Tanah Pelabuhan Pulau Carey Pada September, Teliti Bakal Pengendali

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BANDUNG, 10 Julai (Bernama) -- Selangor menyasarkan kerja pecah tanah bagi cadangan terminal pelabuhan ketiga di Pulau Carey dapat dimulakan seawal September ini, tertakluk kepada kelulusan lesen pelabuhan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT), ketika kerajaan negeri sedang memuktamadkan pemilihan bakal pengendali terminal berkenaan.

Belanjawan 2027 Tekankan Pertumbuhan Mampan, Kesejahteraan Rakyat - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, dalam merangka Belanjawan 2027.

Selangor, Jawa Barat Perkukuh Kerjasama Ekonomi Menerusi SIBS@ASEAN

Oleh Harizah Hanim Mohamed

BANDUNG, 9 Julai (Bernama) -- Selangor berhasrat memperkukuh hubungan perdagangan serta pelaburan dengan Jawa Barat, Indonesia menerusi kerjasama dalam beberapa sektor berpotensi tinggi yang dijangka memberi manfaat pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor Cadang Perluas SA500, Bantu Syarikat Terkesan Gangguan Bekalan Dan Sumber

SHAH ALAM, 19 Jun (Bernama) -- Kerajaan Selangor bercadang memperluaskan program Selangor Advance (SA500) bagi membantu aliran tunai syarikat yang berurusan dengan projek infrastruktur negeri termasuk di peringkat daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Kedudukan Kewangan Selangor Masih Sihat, Tidak Perlu Langkah Kecemasan -- Amirudin

SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) -- Kedudukan kewangan Selangor masih pada tahap sihat walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis bekalan global serta turun naik pasaran dunia.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.