3hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seramai 22,849 bakat dilatih bagi sektor semikonduktor setakat suku ketiga 2026, sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran 60,000 jurutera berkemahiran tinggi menjelang 2030 di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Lonjakan harga minyak terus menyokong eksport produk petroleum dan gas asli cecair (LNG) Malaysia, sekali gus meningkatkan pendapatan eksport, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGSI).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kadar inflasi keseluruhan Malaysia diunjurkan kekal terkawal pada 1.9 peratus pada 2026, menurut firma penyelidikan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menaikkan unjuran pertumbuhan eksport bagi 2026 kepada 32 peratus (2025: 6.6 peratus) dan import kepada 26 peratus (2025: 6.0 peratus), susulan prestasi yang lebih kukuh daripada jangkaan pada September.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 53.7 peratus tahun ke tahun kepada RM396.5 bilion pada September 2026 daripada RM258.1 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 18 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia yang pelbagai, pasaran eksport yang berdaya tahan, serta penampan fiskal yang lebih kukuh akan membantu mengurangkan kesan kejutan luaran dan menyokong prospek pertumbuhan negara bagi tahun 2027, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di landasan untuk mengatasi unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.8 hingga 5.3 peratus bagi 2026, susulan pengembangan ekonomi sebanyak 5.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kata ahli ekonomi.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Yingde Gases Group Co Ltd melalui unitnya, NovaAir Industrial Gases Sdn Bhd, menyasarkan untuk meningkatkan kadar penggunaan kapasiti kilangnya di Kuala Lumpur kepada lebih 90 peratus dalam tempoh dua tahun.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan mengurangkan risiko kebergantungan Malaysia terhadap sektor semikonduktor dengan mempelbagaikan rantaian nilai elektrik dan elektronik (E&E), mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonomi serta memperluas pasaran eksport.
13hari ago
KANGAR, 11 Okt (Bernama) -- Nilai dagangan dua hala antara Malaysia dan Uzbekistan mencecah RM430.20 juta (US$108 juta) bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sekali gus mencerminkan potensi besar untuk memperluas kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.
13hari ago
PUTRAJAYA, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Mesir akan menumpukan usaha untuk memperluas kerjasama perdagangan dan pelaburan, meningkatkan kesalinghubungan penerbangan serta meneroka bidang baharu ekonomi pada mesyuarat Suruhanjaya Bersama yang dijadualkan pada suku pertama tahun depan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik pengumuman pengurangan cukai pendapatan korporat sebanyak satu peratus kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di dalam Belanjawan 2027.