18jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Implikasi daripada konflik di Asia Barat yang mengganggu bekalan komoditi global dan laluan perdagangan strategik ke atas kestabilan kewangan Malaysia masih terkawal, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
20jam ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2027 dijangka meneruskan langkah bersasar dalam pembiayaan, insentif, pembangunan ekosistem dan bakat bagi memperkukuh sektor teknologi, menurut Apex Securities Bhd.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) mencadangkan had perbelanjaan yang layak di bawah Elaun Modal Automasi dinaikkan kepada RM100 juta serta potongan cukai sebanyak 200 peratus diberikan bagi perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang layak menerusi Belanjawan 2027.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 diunjurkan pada 5.4 peratus, dipacu kekuatan permintaan domestik yang berterusan serta prestasi perdagangan yang kukuh, menurut RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
10hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Eksport Malaysia melonjak 31.2 peratus tahun ke tahun kepada RM1.356 trilion bagi tempoh Januari-Ogos 2026 daripada RM1.033 trilion bagi tempoh yang sama pada 2025.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan eksport Malaysia 2026 kepada 28.5 peratus (2025: 6.6 peratus) daripada 19.0 peratus sebelum ini, dengan nilai eksport dijangka melepasi paras RM2.0 trilion tahun ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan eksport Malaysia bagi tahun penuh berpotensi melepasi unjuran semasa sebanyak 22 peratus pada 2026 sekiranya momentum kukuh itu berterusan dalam masa beberapa bulan akan datang, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
18hari ago
JOHOR BAHRU, 17 Sept (Bernama) -- Johor merekodkan nilai pelaburan diluluskan sebanyak RM59.4 bilion bagi tempoh separuh pertama tahun ini, merangkumi sektor pembuatan, pembuatan mesin serta elektrik dan elektronik (E&E).
20hari ago
PUTRAJAYA, 15 Sept (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sedang meneroka peluang dalam sektor kenderaan elektrik (EV) dan automotif, dalam usahanya mempelbagaikan pelaburan melangkaui asas sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.
21hari ago
Daripada Ratcharathan A/L Rawe Shanggar
KERALAM (INDIA), 14 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Malaysia dan India memperkukuh sinergi dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor bagi meningkatkan keupayaan masing-masing dan memanfaatkan kekuatan kedua-dua negara.
22hari ago
GEORGE TOWN, 14 Sept (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) sedang giat menjalankan Jelajah Belanjawan ke seluruh negara untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada pemain industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat dalam penyediaan Belanjawan 2027.