BERITA TERKINI   PH sambut baik keterbukaan BN berhubung agihan kerusi hadapi PRN Melaka - Fahmi | 

Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " koridor ekonomi"

Malaysia Kekal Destinasi Pilihan Pelabur Asing Berikutan Persekitaran Perniagaan Kukuh - BMI

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Malaysia menawarkan antara persekitaran perniagaan paling kukuh di rantau ini, disokong oleh kerangka fiskal yang mantap, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan pelabur asing, menurut BMI, sebuah syarikat di bawah Fitch Solutions.

Malaysia Sedia Pacu Pertumbuhan Sektor Hartanah Susulan Peralihan Struktur Serantau --jll

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia kini muncul sebagai penerima manfaat utama daripada perubahan struktur di Asia Tenggara apabila rantau ini beralih daripada pemulihan kitaran ekonomi, menurut Jones Lang LaSalle IP Inc (JLL).

Delta Electronics Perluas Kehadiran Di Malaysia, Buka Pejabat Baharu Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 28 Julai (Bernama) -- Delta Electronics, syarikat penyedia penyelesaian pengurusan kuasa dan teknologi hijau pintar dari Taiwan, memperkukuh kehadirannya di Malaysia menerusi pembukaan pejabat baharu di Southern Industrial and Logistics Clusters (SiLC), Iskandar Puteri, Johor Bahru.

RTS Link, JS-SEZ Bakal Corakkan Fasa Pertumbuhan Baharu Di Johor

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Projek seperti Sistem Transit Rapid (RTS) Link, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), peluasan rangkaian logistik serta pelaburan berterusan dalam infrastruktur perindustrian dan digital dijangka mengubah landskap ekonomi Johor.

Laksana Kerjasama Pertahanan Multinasional Di Selat Melaka Bagi Kesiapsiagaan Hadapi Krisis Geopolitik - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Negara yang bersempadan dengan Selat Melaka perlu memulakan kerjasama pertahanan multinasional dengan menjalankan ujian tekanan dan simulasi di selat tersebut untuk lebih bersedia menghadapi potensi krisis geopolitik, kata penganalisis. 

JS-SEZ Bakal Raih Manfaat Daripada Kolaborasi Dengan Itali, Rakan Eropah - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kolaborasi dengan Itali dan rakan kongsi Eropah yang lain akan memainkan peranan penting dalam menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kerajaan Sedia Nilai Kerjasama Tubuh Zon Ekonomi Khas Sabah - Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan bersedia menilai kerjasama yang sesuai sekiranya Kerajaan Negeri Sabah berhasrat menerajui transformasi ekonomi negeri melalui penubuhan Zon Ekonomi Khas (SEZ), menurut Kementerian Ekonomi.